1. Hati-hati apabila memilih menu makanan. Sungguhpun anda mengambil makanan yang banyak jika anda tersilap pilih makanan, kecergasan tubuh badan anda mungkin menurun.
2. Selain itu juga keadaan tertekan
akan membuat anda sukar untuk tidur. Akibatnya, anda akan akan bangun di pagi
hari dengan tubuh yang lesu. Oleh itu, ceriakan diri anda. Setidak-tidaknya
seminggu sekali laukan sesuatu yang anda senangi. Jika anda gembira dan bahagia
dengan kehidupan anda, maka tenaga atau aura positif akan mengalir dalam tubuh
hingga membuatkan anda lebih cergas dan ceria. Sebaliknya jika berasa tertekan,
selalu cemas atau berasa kurang gembira semua ini akan menghalang tenaga
positif.
3. Bercakap mengenai bersenam, pasti
ramai yang memberi alasan tidak melakukannya meskipun senaman itu tidak
mempunyai sejuta manfaat. Bersenam itu memang mudah untuk diucapkan namun cukup
sukar untuk dilakukan.
Sebenarnya semasa bersenam terutama
senaman kardio, otak akan menghasilkan hormone endorphin. Hormon inilah yang
akan mengalirkan rasa tenang sehingga anda akan berasa segar walaupun badan
anda keletihan. Hormon ini juga akan membantu anda mengatasi stess dan membuat
kualiti tidur akan lebih bagus.
4. Sumber
makanan yang ada ambil kadang kala tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan
vitamin dan mineral untuk tubuh. Untuk itu anda memerlukan vitamin dan mineral
tambahan. Petanda bahawa tubuh anda memerlukan tambahan vitamin dan mineral
adalah antaranya wajah nampak pucat, badan terasa lesu dan kepala selalu
pening.
5. Di
kalangan kaum wanita, anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa
lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah merah ketika datang haid.
Biasanya tahap “iron” (besi) dalam darah akan berkurangan dan meletakkan mereka
dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke
seluruh badan. Lemah, sesak nafas dan sering berdebar-debar adalah antara
simpton anemia. Banyakan memakan makanan yang mengandungi “iron” yang tinggi
seperti daging dan juga kekacang.
6. Mengambil minuman berkafein, coklat
ataupun minuman beralkohol untuk menstimulasi diri adalah tidak bermanfaat.
Jenis minuman ini memang akan meningkatkan tenaga dengan cepat tetapi cepat
jugalah tenaga itu menurun. Keadaan ini juga membuatkan kadar gula dalam darah
tidak stabil dan anda mudah lapar dan lesu.
7. Biasakan membahagikan waktu makan
anda pada lima waktu. Ini kerana tiga jam setelah makan, gula dalam darah akan
mula turun. Sekiranya anda tidak mengambil makanan ia akan terus menurun dan
akibatnya kepala akan berasa pening. Leher tegang dan perut jadi kembung.
8. Mudah lemah dan lesu juga disebabkan oleh kurang minum air. Sama ada anda melakukan kerja, bersenam, atau bekerja di atas meja, badan masih memerlukan air. Apabila anda berasa dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
9. Sarapan
pagi adalah suatu perkara yang amat mustahak. Sarapan pagi yang ringkas seperti
makan beberapa keeping roti dan 2 biji telur separuh masak sudah memadai bagi
membekalkan tenaga sementara menunggu waktu makan tengah hari. Sarapan pagi
juga penting agar tenaga dapat dibekalkan pada waktu pagi. Ini kerana anda
memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk lebih “focus”
anda juga memerlukan tenaga.
10. Makan
terlalu sedikit atau diet yang keterlaluan akan menyebabkan badan menjadi
lemah. Diet yang seimbang akan membantu untuk mengekalkan tenaga dan juga paras
glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi kurang, badan
akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
11. Setiap
malam tidur yang disarankan adalah 7-8jam. Jadikan amalan tidur yang cukup
sebagai perkara utama untuk mengembalikan tenaga anda. Wanita yang bekerja sama ada yang bujang ataupun dah
berkahwin seringkali mengabaikan waktu tidur mereka. Sibuk dengan kerja rumah
ataupun menyambung kerja di pejabat selalu menjadi alasannya.
Sekali dua mungkin tak mengapa lagi
namun sekiranya menjadi kebiasaan, ia mungkin menyebabkan tubuh tidak mendapat
oksigen yang cukup. Oksigen yang kurang mungkin akibat kurang tidur akan
menganggu daya penumpuan dan membuatkan tubuh berasa letih.
Jika badan kita letih lesu dan tidak bertenaga, boleh cuba amalkan qaseh gold; pemakanan sunnah nabi..
ReplyDeletehttp://muslimchoices.com/?p=qaseh_gold