Ello all,
Ini sepatutnya entri terakhir malam tadi. Tapi ntah macam mana boleh teralit bersembang dengan Bob. Ada citer BEST. Pada yang have common likings, maybe la kut. Tapi orang yang tak minat.. tak kuasa la nak layan... Alahai... bila la nak dapat sebijik nih???
BTW, sekadar menambah lauk dari tengah hari semalam. Kelebek punya kelebek, godek punya godek, akhirnya.. puyoh yang jadi mangsa. Cara masak puyoh di rumah ni pun terhad. Kalau nak anak-anak sama makan, jawabnya goreng sahaja la. Otherwise, memang Cik Asben sorang je la yang layan. Nak goreng puyoh ni pun, Ibu prefer belah dua so that daging puyoh lebih serata masaknya.

Anyway, bila dah duduk di negara Pasir Berdengung ni, tak banyak sikit sure ada jugaklah influence masakan di sini. FYI, masyarakat Arab ni memang suka makan bawang and cili hijau mentah-mentah. Then perahkan lemon. Settle.. Bawang besar yang hat kaler putih tu manis sebenarnya. Tapi Ibu tak gamak la pulak nak makan mentah macam tu. Anyway, malam ni Ibu nak share satu resepi mudah, a combination of Malaysian cuisine and local salad.
Nonetheless, kalau ada di antara rakan-rakan yang ingin berkongsi rasa, resepi ada di bawah ya.
Bahan-bahan;
Burong puyoh di belah dua, dicuci, perapkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam.
Bawang Holland (atau sebarang bawang yang disukai)
Lada hijau
Sebiji lemon
Cara-caranya;
1- Goreng puyoh hingga garing, toskan dan ketepikan. Kemudian hidangkan di dalam bekas yang sesuai.
2- Bawang dan lada hijau dimayang lalu digaul dengan sedikit garam.
3- Gorengkan dengan minyak yang sedikit lalu ditabur di atas puyoh yang telah digoreng tadi.
* Perlu diingat, bawang dan lada hijau goreng sebentar sahaja.
4- Akhir sekali perahkan lemon di atas puyoh goreng tersebut.
5- Selesai sudah..
No comments:
Post a Comment