Ibu, Mama, Ummi,
Mummy, Ma, Omak, Mak.. dan bermacam-macam panggilan lagi yang digunakan untuk
memanggil Insan Istimewa ini. Sungguh istimewanya Insan ini hinggakan Allah
sendiri mengangkat darjatnya sehingga 3 kali lagi mulia, barulah si Ayah pula
menjelma. Namun begitu, berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar
memahami dan bersetuju dengan pendapat di atas. Sedangkan kita hanya meraikan
beliau SEHARI dalam tempoh 365 hari ataupun setahun.
Pernahkah kita
terfikir betapa tinggi dan mulia darjat si Ibu sehingga kita hanya meraikan
beliau SEHARI dalam setahun. Adakah itu berbaloi? Perlukah kita melakukannya
hanya pada SATU hari tersebut sahaja.
Hari ini rata-rata
seluruh masyarakat dunia meraikan hari IBU atau MOTHER's DAY. Pelbagai sambutan
dilakukan dengan maksud yang sama. Bunga, kek, coklat, hadiah.. dan pelbagai lagi.
Tiba-tiba sahaja kita semua kalut untuk mencari hadiah yang istimewa buat
beliau, mencari restoran atau tempat makan yang istimewa hanya untuk meraikan
beliau. Tidak cukup dengan itu, hanya pada hari ini sahajalah, si anak sanggup
turun padang mencuci rumah, membasuh pinggan-mangkuk, menggosok pakaian atau
apa-apa sahaja yang dirasakan perlu bagi meringankan beban si Ibu.
Mengapa tidak
semua ini dilakukan sekerap yang mungkin tanpa perlu ditunggu hari itu? Adakah
kita sebagai anak hanya perlu mengingati IBU kita SEHARI dalam setahun.
Sedangkan beliau mengabdikan dirinya untuk keluarga dan anak-anak sepanjang
hayatnya. Cubalah ditanya, Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya. Ibu mana yang
tidak risaukan anaknya setiap kali si anak hendak menempuh peperiksaan walaupun
hanya sekadar peperiksaan akhir penggal. Ibu mana yang tidak risaukan anaknya
apabila si anak sakit pening atau demam.
Jadi wajarkah kita
sebagai anak bertindak sedemikian?
9 bulan 10 hari,
suatu tempoh keramat yang hanya si Ibu sahaja yang tahu betapa mengandungkan
seorang anak itu bermakna si Ibu akan juga terseret dengan segala jenis
kesakitan dan kesusahan. Penat, semput, lelah, sakit pinggang, sakit kaki dan banyak lagi
sepanjang tempoh beliau mengandungkan seorang anak itu.
Ibu sebenarnya
tidak mengharapkan kita memberi kemewahan SEKALI setahun.
Ibu tidak meminta
dibawa makan ke tempat-tempat istimewa SEKALI setahun.
Ibu juga
tidak meminta diberikan cuti dari melakukan segala tugas yang biasa beliau
lakukan SEKALI setahun.
Malahan beliau tidak pernah meminta apa-apa, melainkan hanya INGATAN ikhlas dari si anak.
Jadi wajarkah kita
hanya menunjukkan kasih sayang SEKALI setahun.
Patutkah kita
hanya mengingati beliau SEKALI setahun.
Dan waraskah kita
hanya melafaskan ungkapan "KAMI SAYANG IBU", SEKALI setahun.
Bukankah lebih
baik dan manis serta lebih afdhal kiranya ia dilakukan sekerap yang mungkin.
Tanpa perlu menunggu hari dan ketika itu dalam tempoh SEKALI setahun.
Dan sebagai orang
Islam, bukahkan lebih wajar jika kita lontarkan doa ini setiap kali selesai
kita solat 5 waktu. Jika dirasakan 5 kali itu terlalu membebankan, apakah
SEKALI sahaja dalam sehari masih terlalu berat?
Walaupun
peringatan ini mungkin keras dibaca oleh sesetengah orang, tapi itulah
kenyataan yang sebenarnya perlu kita telan. Yang perlu kita hadapi.
Yang perlu kita ubah persepsi. Yang perlu kita ubah mulai hari ini.
Bukalah minda
kita, dan bukalah hati kita. Insya'Allah, apa yang kita lakukan hari ini adalah
"saham" kita untuk hari yang mendatang. Dan hari itu tidaklah kita
ketahui bila akan datangnya.
Nota kaki;
Peringatan ini
tidak lain hanya untuk diri ini sendiri sahaja.
Dan ketika jari-jari ini menari-nari menyampaikan segala yang terbuku di hati dan fikirannya, tidak dapat dielak mahupun disangkal serta dibendung.. jatuh jua air mata dari empunya diri ini.
Dan ketika jari-jari ini menari-nari menyampaikan segala yang terbuku di hati dan fikirannya, tidak dapat dielak mahupun disangkal serta dibendung.. jatuh jua air mata dari empunya diri ini.
Sesungguhnya hari
IBU itu adalah setiap hari dan setiap detik.
Kredit penuh untuk :
Sahabat ku Chentina, di atas kesedaran ini serta "doa" yang dipanjangkan untuk dikongsi bersama rakan dan saudara sesama Islam.
No comments:
Post a Comment