Mad'am Ar-Rafidain, yang bermakna "Restauran pertembungan dua sungai" terletak di sebelah selatan Kuwait atau lebih tepat di bahagian Fahaheel, Kuwait. Sangat selesa untuk kunjungan keluarga kerana ia juga menyediakan ruang khas untuk keluarga sama ada di cubicle atapun jika ingin keselesaan yang lebih, makan di atas meja sahaja. Faham-faham sahaja la, bila perut dah berlipat, kurang la "ruangan" yang boleh diisi lagi.
Hari ini kami sempat menjamu selera untuk makan tengah hari di sini. As usual laaa, keluarga Pokcik Faizal, Uncle Nordin & keluarga Ibu. Ini pun aktiviti terjah selepas anak-anak selesai kelas karate. Cuaca panas di luar yang mencecah sehingga 42C tidak mengizinkan kami beriadah di luar. Sebaliknya hanya "in door activity" sahajalah yang mampu dilakukan.
Jenis makanan yang ditawarkan adalah berasaskan masakan dari negara Iraq. Macam-macam ada, dari kambing, ikan, riyash dan ayam. Sama ada, goreng, kukus, bakar dan banyak lagi. Tepuk perut and place your order. Kaum bapa seharusnya dan wajib ada hidangan "kambing". Namun bagi kami dan anak-anak lebih selesa dengan ikan dan ayam sahaja serta kufta atau daging kepal yang dipanggang. Alhamdulillah, sememangnya secukup rasa. Kenyang bawak sampai ke malam.
Seperti biasa, kurang lengkap cerita Ibu kali ini jika tidak disertakan dengan bahan bukti. Okey, jom kita tengok apa yang ada...
Untuk hidangan kaum Ibu dan anak-anak perempuan.
Ayam, ikan dan daging kufta.
Roti yang biasanya diberi secara percuma sedikit pun tidak berusik atas sebab-sebab semua peserta yang kelaparan dan hanya mencari "nasi".
Tekak Melayu, sure cari nasi kan.
Sambal cili dan kuah kacang.. memang secukup rasa.
Ulam jarjer juga melengkapkan hidangan tengah hari kami.
Tiga dara pingitan.
Cik Laila tengah testing kufta.
Cik Ija and the girls.
Alangkah membazirnya, namun apakan daya...
Perut kaum Ibu dan anak-anak perempuan tidak mampu menghabiskan walaupun hanya portion untuk "3 orang makan".
Tetapi itulah kebiasaanya, sampai ke hari ini Ibu masih kagum dengan "kehebatan" masyarakat di sini yang mampu menghabiskan sedulang makanan yang sebegini dengan "selambe" saja.
No comments:
Post a Comment