Ello all,
Penutup entri masak-masak untuk hari ini. Gulai udang dengan kacang panjang. Mula tu ingat nak letak rebung, tapi diri sendiri tak makan rebung. Nak letak serai, dah biasa sangat la pulak. Akhirnya, letak kacang panjang saja la ya. Kira lauk dwi-makna ni. Udang untuk kaum Adam, dan kacang panjang tu untuk Ibu la. Tak tau la, kalau orang lain berebut nak udang, Ibu lebih rela makan sayur saja. Lauk ni pun kira, ikhtiar terakhir la ni. Badan tak berapa segar, jadi menggulai la yang paling senang.
Bahan-bahan;
- Udang saiz sederhana
- Kacang panjang dipotong serong
- Cili api secukup pedas
- Serbuk kunyit
- Santan pekat 1 tin
- Sedikit air
Cara-cara memasaknya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan dalam bekas yang sesuai untuk menggulai, masukkan juga santan serta sedikit air.
3- Masukkan sedikit serbuk kunyit.
4- Kacau selalu agar kuah tidak meruap.
5- Apabila telah mendidih, masukkan udang.
6- Jika udang telah masak (kulit bertukar warna merah), masukkan pula kacang panjang.
7- Kacau sekejap dan perasakan dengan garam.
8- Selesai sudah.
No comments:
Post a Comment