Beautiful Friends

Thursday, May 3, 2012

Gulai sardin dengan mangga


Elloooooo...

Take this as my guilty pleasure.. 
Insya'Allah June Ibu dah nak balik Tanah Malaya... for 2 months babe.. 
At the same time, alhamdulillah stok sardin cap ayam masih ada 10 tin lagi ni. Berkat mencatu bahan makanan, boleh la Ibu menjamu tekak selesa sikit bulan ni. Walau dihidangkan macam-macam sardin sekali pun, sardin cap ayam tetap menjadi pujaan hati ku. 

Gulai sardin ni sebenarnya sangat nostalgia bagi Ibu. Back in Tanah Malaya masa Ibu masih bersekolah rendah, susah nak dapat makan lauk ni. Tapi masa tu Bonda selalu hidangkan dengan pucuk ubi. I don't know about others but as for me, its such a wonderful feeling, full of ecstasy kalau dapat makan lauk ni.  Di Tanah Pasir Berdengung ni manalah Ibu nak cari "pucuk ubi". Even bila Ibu cuba order dari kedai Bobby, jawapan yang Ibu dapat.. "sorry Sham, back in our country only the animals eat those tapioca leaves". Issshhh... dah macam kambing dan lembu la pulak gamaknya rasa. 

Jadi memandangkan "NO" pucuk ubi, Ibu switch to mangga je la. Layan pedas-pedas dengan rasa masam-masam ni best jugak. Aiyokkkk.. sendiri masak, sendiri puji.


Okey, jom tengok resepi..


Bahan-bahan;

Ikan sardin (selain dari sardin cap ayam, brand lain pun okey jer)
Sebiji mangga saiz sederhana yang dihiris nipis
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit (kunyit hidup jarang sangat la jumpa di sini)
Santan pekat 1 tin
1 kiub pati ayam

Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
* Again, sebabnya Ibu tak suka tengok serpih cili dan biji cili dalam kuali.
2- Masukkan santan, sedikit air, sedikit serbuk kunyit,  kiub pati ayam dan kacau selalu.
* Elakkan pecah minyak atau meruap, nanti kuah tak cantik dan rasa pun "kureng".
3- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan sardin sahaja.
* Jika suka boleh masukkan sedikit sos sardin sekali.
4- Masukkan hirisan mangga.
5- Perasakan dengan garam
6- Siap sudah..

Nota kaki;
Ibu guna kiub pati ayam untuk memberi lebih perisa kepada gulai sardin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...