Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.
Panggilan
pertama adalah Azan.
Panggilan
ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat,
sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia
tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Ada ketika kita terlambat, bahkan tidak solat
sama sekali karana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan
rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab
panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari
Kiamat nanti.
Panggilan
yang kedua adalah panggilan Umrah / Haji.
Panggilan
ini
bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang
halus
dan sifatnya "bergiliran". Ada hamba yang beroleh kesempatan yang
berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang
tidak punya kemampuan dari segi kewangan, namun masih diberi kesempatan
untuk menunaikannya. Ada pula yang merancang akan tetapi yang "tidak
merancang" pula yang diberi peluang untuk melakukannya. Jelas sekali
amat halus perancangan Allah. Allah berkata, "laksanakan Haji / Umrah
bagi yang mampu".
Panggilan
ketiga adalah KEMATIAN.
Ini adalah panggilan
yang kita jawab dengan amal kita. Allah tidak
memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan
lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.
Sesungguhnya
ketahuilah bahawa pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari
neraka jahanam yang bernama "Huraisy" yang berasal dari anak kala
jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya
pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya :
"Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang".
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang".
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment