Beautiful Friends

Wednesday, February 29, 2012

Ayam halia goreng cendawan


Masa untuk makan malam..
Masa untuk something yang simple dan boleh diterima oleh semua masyarakat dalam rumah ni. Kalau siang tu, panjang la sikit ikhtiar. Kalau ada yang mengada-ngada nak "fast-food" at least boleh pi tapau Great Steak, Sub-way atau Hungry Bunny. Domino Pizza pun dekat jugak. Itulah antara rahmat dok kat negara Pasir Berdengung ni. Minah and Pak Arab ni suma jenis "fast-food" oriented. So sesak-sesak, tau la nak ngadu kat mana kan.

Malam ni Ibu masak ayam halia goreng cendawan. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Cuma jenuh la nak mengasingkan hirisan halia, bawang and cendawan tu. Untuk siapa lagi kalau bukan Si Manja Ibu.. Haazem.

Okey, jom kita semak resepi.

Bahan-bahan;
-A-
Fillet ayam dihiris nipis (jika nak guna ayam biasa pun, okey jer)
3-4 ulas bawang putih
Halia (sebesar ibu jari)
** blend bawang putih dan halia, lalu diperap dengan isi ayam untuk seketika

-B-
Cendawan butang (cendawan dari jenis lain pun boleh digunakan dan dipotong mengikut citarasa masing-masing)
Sebiji bawang besar - dihiris
Halia (sebesar ibu jari  dipotong panjang)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat

** Sidekicks
Lada benggala merah, kuning, hijau dan oren - tapi Ibu guna cili hijau sahaja sebab itu je yang ada dalam fridge.


Cara-cara menyediakannya;
- Goreng bahan A sehingga naik bau.
- Setelah isi ayam garing, masukkan bawang besar yang telah dihiris, kicap pekat dan sos tiram.
- Gaul sehingga naik bau.
- Masukkan cendawan butang, cili hijau dan hirisan halia.
- Jika perlu perasakan dengan garam.
- Okey.. dah masak...




Laksa instant, version Hawally


Assalamuaaikum,
Pagi ni kita share resepi laksa instant pulak ya. Dengan Ibu ni memang banyak yang insant.. Tak kisah la.. kalau sudi, copy paste la.. kalau tak.. no hal la babe..

Punca kat rumah ni banyak resepi hat instant..
1- Nak cepat (masa penyediaan yang terhad)
2- Bahan-bahan pun terhad
3- Anak-anak banyak peil, so ada yang kena skip itu ini
4- Makan tetap makan, so buat la dengan ape yang ada

Okey, jom kita study resepi laksa ni pulak.

Bahan-bahan;
2 tin sardin cap ayam (ikut suka la)
1 tin tuna (hat white meat)
Sebiji bawang besar
2 sudu makan belacan
5-6 ulas cili merah (kalau nak pedas lagi, guna jer cili api)
Sedikit daun kesum
Sedikit bunga kantan

Sidekicks;
Telur rebus, limau nipis, hirisan bawang, hirisan cili api (kalau tak cukup pedas la), nenas yang dipotong kiub, hirisan timun dan salad.

Cara-cara menyediakannya;
1- Blend bawang besar, cili merah, belacan, sardin dan juga tuna.
** jika tidak menggunakan cili merah atau cili api, boleh juga digantikan dengan cili blend.
** tujuan penggunaan cili besar atau cili blend ini adalah untuk "pedas" serta mendapatkan warna yang sedikit "merah".
2- Setelah kesemua bahan-bahan tersebut tadi hancur, masukkan ia dan sedikit air (hingga mendapat kepekatan/cair yang dikehendaki) ke dalam bekas yang sesuai untuk dimasak.
3- Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan sebagai penambah aroma dan rasa pada laksa tersebut.
4- Apabila telah mendidih, perasakan dengan garam secukupnya.
5- Alhamdulillah, dah siap.

Hidangkan bersama sidekicks..

Tuesday, February 28, 2012

Nasi ayam instant


Assalamualaikum all,
Back in my lil-kitchen again.. cukup-cukup la dah 4 hari cuti masak. Anak-anak pun dah bosan asyik nak makan di luar. Not to mention KD yang dah "mengalir keluar" last weekend...

Sebenarnya ni menu ulangan dari dinner malam tadi. So kira ini round ke-2 la. Lama sangat dah tak buat nasi ayam sampaikan Haazem bertambah 4 kali. Tak tau la sama ada dia lapar ataupun Ibu memang masak "best" sangat.. (sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri).. Cissss...

Nasi ayam ni sebenarnya nasi ayam hat version Haazem ie. sempoi and no rempah ratus. Ayam pulak ayam instant hatta Ibu mintak Cik Asben pi tapau kat Naif Chicken je. Kira macam ayam golek la tu. Balik rumah modify aje la ape-ape yang patut.

Okey, jika sudi berkongsi ilmu.. jom semak resepi.

Bahan-bahan;
Ayam golek 1-2 ekor (mengikut saiz & kehendak masing-masing)
Bawang besar - 1 biji
Bawang putih - 5-6 ulas
Halia - sebesar ibu jari
Stok ayam atau kalau nak lagi cepat kiub ayam 2-3 ketul
2-3 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan kicap pekat
3-4 biji cili merah (hat besar)
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili
1 biji lemon

** Sidekicks
ie. timun, tomato, daun salad, daun sup, bawang goreng

Cara-caranya;
Blend bawang besar, bawang putih dan halia lalu dibahagi ke 3 bahagian

A- Untuk menyediakan nasi
1- Tumis bahagian pertama bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga naik bau
2- Masukkan 1 sudu sos tiram
3- Masukkan 1 kiub pati ayam
4- Masukkan air mengikut sukatan yang biasa untuk memasak nasi putih yang biasa
5- Apabila air telah mendidih, masukkan beras dan masak seperti biasa


B- Untuk membuat sup ayam
1- Tumis bahagian kedua bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga naik bau
2- Lalu dimasukkan 1 kiub pati ayam, gaul sehingga mesra dan masukkan air
3- Perasakan dengan garam (jika perlu)
4- Semasa hendak menghidang, boleh la ditabur sedikit bawang goreng dan daun sup yang dihiris halus


C- Untuk membuat sos ayam
1-  Tumis bahagian ketiga bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga naik bau
2- Setelah itu masukkan kicap pekat, sos tiram, sos tomato dan sos cili lalu digaul hingga mesra
3- Perasakan dengan garam (jika perlu)
4- Lalu masukkan ayam golek yang dibelah dua (terpulang pada masing-masing la nak potong macam mana) lalu diratakan dengan sos yang telah dimasak tadi
** jika sos terlalu pekat, campurkan sedikit air


D- Untuk cili nasi ayam
Cuma perlu blend cili besar (merah) bersama sebiji tomato
Kemudian perasakan dengan sedikit garam, gula dan air perahan lemon


Beresssss..


Nota kaki;
* Ini  bukanlah cara yang sepatutnya untuk menyediakan "Nasi Ayam" tapi its fine with me and my kids. 
** Insya'Allah, jika ada kesempatan lain, Ibu akan share the proper way of preparing the Nasi Ayam Hainan style (penat berguru dengan my mom, siap kena marah-marah lagi tau).
*** Resepi ini sememangnya tidak menyediakan "kicap" nasi ayam tetapi hanya sos yang telah diseratakan dengan ayam golek tadi.





Holiday mood here in Kuwait

Assalamualaikum all,

Lama jugak tak menjenguk blog Ibu ni. Mujur belum tumbuh lalang gamak nyer. FYI, recently Kuwait celebrates its 50th anniversary of its National Day on February 25th and 26th anniversary of its Liberation Day on February 26th. So for us yang berhijrah ke sini, its just more as an extra holiday. And significant to "holiday" mood, dapur Ibu pun ber-holiday jugak la. 

According to Kuwait Times,  during this long holiday (Jumaat - Isnin) dianggarkan seramai 32,500 orang (most of them believed to be Kuwaiti) telah meninggalkan Kuwait di antara 22-24 Februari untuk bercuti serta lain-lain urusan. Manakala dianggarkan sebanyak 150,000,000KD telah dibelanjakan sepanjang tempoh tersebut. Kaya betul la orang-orang Kuwait ni. Just imagine 150,000,000KD (times 10.5 for MYR) in just four days.

So, untuk entri kali ni Ibu takmo cerita banyak but instead of it, I just want to share some pictures taken during the holiday. Ibu and family tak sempat pun nak tengok kebanyakan acara-acara yang diadakan di sini. Gambar-gambar dalam entri ni pun half of it pinjam dari Facebook Amir Kadir. Tak sanggup nak meredah jemmmm.. Okey, without further ado..
 

Sepanjang cuti ni jugak, Ibu and family bz bz bee memenuhi undangan makan-makan dari kawan-kawan di sini. Dimulakan dengan Khamis yang lepas, bertempat di rumah kami (biasa la agenda projek terjah)..

Nasi beriayi carca-marba
(ayam grill, ayam goreng and kufta ie. daging kepal)

Diikuti dengan jemputan makan-makan di rumah Ija. Lagi nasi beriyani.. memang pada yang masih "berdiet nasi", minggu ni memang OUT la. Take it or leave it..

Beriyani ayam

Beriyani kambing

And yesterday morning we decided to have breakfast at Waffle & Steak house. Okey la jugak, for a change kan. Asyik makan nasiiiiii jer.. sesekali tekak ni nak telan hat lain-lain jugak.

The waffle

The combo meal

Mine

Last but not least, a picture of a boy yang penuh bersemangat dan bersedia untuk menyambut perayaan hari kemerdekaan Kuwait. Siap dengan wig and water-gun tu. Rasa-rasa nyer, anak-anak Malaysia sanggup tak pakai macam ni masa sambut hari merdeka??

I salute you boy..


 

Thursday, February 23, 2012

Pulut serunding


Waktu untuk minum petang pulak. Si Cinonet bising nak makan pulut kuning tapi Ibu tak sempat nak buat sambal tumis. Lagi pun cili blend pun tak ada. Rendang lagi la lama nak prepare.. Short cut.. lauk serunding saja la ya. Ibu tak pandai nak menanak pulut, kukus tau la.

Pada yang nak belajar cara-cara mengukus pulut..

1- Rendam pulut semalaman, campurkan sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna.
2- The next day, sediakan pengukus.
3- Apabila air telah mendidih, masukkan pulut dan kukus sehingga lembut.. say 25-30 minutes.
4- Then masakkan santan dan perasakan dengan sedikit garam.
5- Bila pulut dah lembut, angkat and mix it with the santan sedikit demi sedikit.
** end result, pulut lebih lemak and lembut.
*** kuantiti pulut dan santan tu, adjustable la. Ibu ni BIG fail on measurement sebab masak-masak suma main campak-campak jer.

Sidekicks.. pulut ni versatile.. hatta makan plain macam tu pun okey dah. Kalau Arif, dia suka makan ngan serunding or plain saja. Ikut jer la.. sementara anak-anak nak makan ni.




Bubur tumis halia


Good morning.. well at least its still morning here..

Pagi ni something simple from Dapur Ibu.. but again, its always been something simple from Dapur Ibu. Those who are familiar with my cooking albums in the Facebook, will surely agree with this statement. For me when it comes to cooking, its always simple, less time to prepare, minimum ingredients but nevertheless still fulfill the necessary purposes.. perut kenyang, anak-anak suka hati but above all and foremost, tekak and selera orang Melayu.

Pagi ni Amsyar tak pi sekolah sebab they're having some sorts of Fun Fair at school. Biasa la kalau ada funfair, the students can choose to come or not to come to school. Being typical Amsyar.. mana la dia nak pi sekolah. Ada la sekali dia join, end-up balik rumah dia kata "so boring". Well,  ever since then.. dia prefer dok umah rather then going to the school funfair again.

This morning boleh pulak dia mintak nak bubur for breakfast. Senang hati sangat la Ibu. Cuma for me, bubur tu Ibu masak cara biasa saja. Cuma yang sedikit membezakan bubur tu ditumis terlebih dahulu. Cuma perlu tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Setelah naik bau, Masukkan air dan 1 kiub atau stok ayam. Kemudian masak la bubur seperti biasa. Jangan lupa perasakan dengan sedikit garam. Setelah bubur masak, boleh la dimakan dengan ape-ape lauk sampingan. In my case and as shown in the picture, those are all the leftovers from our last lunch and dinner as well as sedikit telur masin. Lada sulah jugak boleh menaikkan bau serta rasa bubur tadi. Cubalah..


Wednesday, February 22, 2012

Ayam goreng kunyit ngan asparagus


Its dinner time.
Masak simple-simple aje la ya. Asyik dengan menggulai pun jemu jugak. Nak masak asam pedas, cili blend pulak dah habis. Tapi perut nak nasik jugak. Solution.. as the above. Yang ini insya'Allah Haazem boleh makan (hopefully). So tonight I'm cooking ayam goreng kunyit with asparagus. Well, I believed he will only go for the chicken fillet. The rest.. ahhhhh, don't think so.

To those that a bit unfamiliar with the process of preparing the dish, well.. it s very easy to prepare thus I can bet even my eldest son can do it on his own (with me being beside him). Hence, if you're interested.. well you can have a look here.

Cuma satu pesan dari Ibu, tekstur daging ayam lebih ringan jika dibandingkan dengan daging. Oleh itu ia lebih cepat kering jika dibandingkan dengan daging. So you might want to prepare all the sidekicks before you start cooking. Otherwise, you might ended-up running here and there or the chicken fillet might get burn. (unless you're really a pro).

Sambal tumis telur hancur ngan ikan bilis


Assalamualaikum,

Sambal tumis telur hancur ngan ikan bilis. Nama nyer panjang menjela tapi menu biasa-biasa jer. 2-3 ari ni banyak la pulak distraction. Plan masak macam-macam tapi banyak yang tergendala. Macam semalam beriya la plan nak masak, at last dinner Cik Asben ajak keluar sebab nak mencari barang untuk hantaran SIL. Then the nigh before, again.. Cik Asben pulak belanja dinner nasi Bukhari Malik. Punya la banyak, hatta akibat rasa rugi kalau dibuang.. Ibu simpan sebaik mungkin.. then kukus balik the next day.. end-result.. lepas la makan anak-beranak untuk lunch semalam. Even Ibu sempat lagi se-round petang semalam. Tapi itu la, once tak masuk dapur, mula la Vitamin "M" datang menziarah.

Hari ni nak tak nak, kena masak la jugak. Tapi menu sempoi-sempoi je. Haazem and Arif dah settle dengan ayam goreng. Biasa la dua beradik tu, ayam goreng tiap ari pun tak muak-muak. Amsyar pulak Ibu hidangkan dengan sambal tumis telur hancur ikan bilis. Bertambah-tambah jugak la Bujang Sulong tu makan.

To those yang baru nak mencuba, boleh la lihat di sini.

Kan BANYAK kan.. mintak empat orang makan sekali dapat sedulang nasik. macam mana la Pak-pak Arab kat sini makan. Kat mana la dia orang simpan suma lauk dan nasik tu??


Nota kaki;
BTW, lauk ni amat sesuai dimakan dengan bubur nasi.. try la..

Monday, February 20, 2012

Pengat pisang mi sanggul


Selamat pagi all,
Sedikit lain dari kebiasaan ari ni. Pagi-pagi lagi dah berhajat nak makan manisan. Rasa macam bulan posa la pulak. Tambah pulak malam tadi baru je beli pisang sesikat sebab Amsyar nak cekodok pisang and Arif pulak nak makan dengan cornflakes. So, jom kita masuk dapur..

Bahan-bahan;
2-3 biji pisang jelai (makan 2 orang jer ni)
Sepotong gula melaka
1/2 tin santan pekat
Segulung mi sanggul
Sedikit air

Cara-cara menyediakan;
Masakkan terlebih dahulu gula melaka, setelah gula melaka tersebut cair, tapis.
** manalah tau kut-kut ada pasir ke batu-batu kecik ke.
Setelah itu masakkan air gula melaka tadi bersama santan dan kacau selalu.
Apabila ia telah mendidih, masukkan mi sanggul dan biarkan sehingga ia kembang.
Akhir sekali masukkan pisang dan bolehlah tutupkan api.

Nota kaki;
** Jika ada yg suka nak buboh garam.. it's okey. Ada kata bila kita letak garam sikit, pengat pisang akan rasa lebih lemak, well I've never try it.. but you're welcome to do so.
** Sepatutnya kena boh skali daun pandan untuk bagi pengat lagi wangi, but sorry babe.. Ibu tak ada stok dalam fridge. 


Presenting.. mi sanggul. Tu ari masa balik cuti punya la gigih Ibu mencari mi sanggul ni. Dari pasar Bachok sampai la ke pasar Kuala Pilah. At last jumpa la jugak and dapat la bawak ke sini dalam 250grams. Mula ingat sikit sangat, rupa nyer banyak dah tu. Insya'Allah sempat la buat stok sampau balik raya tahun ni.

Saturday, February 18, 2012

Daging goreng kunyit


Assalamualaikum all,

Cik Asben masih on-call duty for a week so that means we all have to stay at home over the weekend. Tapi sebenarnya sesekali dok umah masa ujung minggu ni best jugak. Tho' hakikatnya anak-anak akan dok mengadap their gadgets, Cik Asben akan dok ngadap kerja dia as well as attending calls from Iraq and other colleagues which leaves me either mengadap lappy or tidur. Bukan senang dapat tidur petang weii...

So this time around, we decided to make our weekend into one healthy family activity instead of the regular ones. A project duo between me and Cik Asben, sama-sama masuk dapur menggoreng daging versi Kelantan pulak. Did I ever mention in my blog just how much I dislike nak siang daging?? Well this is where Cik Asben come into picture. Tugas utama dia adalah untuk menyiang daging and please allow me to state it here.. here is very good with his part. The rest, I'll take care of it.

To those yang baru nak blajar cara-cara menggoreng daging kunyit, jom kita buat sama-sama..

Bahan-bahan;
500grams daging (dihiris nipis)
Kunyit serbuk
Cili api (pedas ikut masing-masing la ya)
Kacang buncis (kalau nak guna kacang panjang, okey jer)
** kacang disiang - terpulang nak potong biasa atau potong serong
Sebiji bawang besar
** dihiris nipis

Cara-cara menyediakannya;
Perap daging bersama kunyit dan garam buat seketika.
Kemudian daging digoreng tanpa minyak hingga kering air daging tadi.
Apabila air daging telah kering, barulah dimasukkan minyak lalu digoreng lagi hingga mesra.
Masukkan kacang buncis, cili dan bawang.
Gaulkan hingga mesra lalu perasakan dengan garam (jika perlu)
Beres..

Nota kaki;
Ibu ni bukan jenis pandai mengarang ayat so kalau ada mana-mana steps yang terlalu ringkas tu, harap maklum la ya.Well, Ibu just bagi basic, the rest tu.. sama saje kan..

Gulai siput sedut - kuah kuning



Ini bukanlah gambar menu yang Ibu masak hari ni. Mana la nak cari siput sedut kat negara Pasir Berdengung ni. Tapi hari ni Ibu cuma nak share sedikit petua cara-cara nak mendapatkan kuah gulai yang "kuning" semasa menggulai siput sedut.

Baru-baru ni ada sorang kawan Ibu dok jalan-jalan tengok album koleksi masak-masak Ibu. Then dia tanya macam mana kuah gulai siput sedut Ibu "kuning" sedangkan dia punya, sedikit kehitaman. Then ada masa tersedut sekali lumpur.. 

Aduhaiiii.. bab tersedut lumpur tu yang tak syok tu. Okey, ni rahsia kita jer tau.. Bonda selalu pesan ke Ibu, kalau nak menggulai siput sedut ni, kita rebus dulu hingga masak. Siput sedut ni bila dah digulai, isinya akan menjadi kenyal hatta tak serap kuah la. So, dengan itu bila kita dah rebus dahulu, isinya akan;

1. Lebih bersih sebab lumpur kat dalam tu immediately keluar.
2. && dengan cara ini, kuah kita akan confirm kuning.
3. Ada masa nyer, setakat mencuci atau merendam siput sedut ni, blom tentu pasir/lumpur atau kotoron di kulit siput tu akan tanggal, insya'Allah.. dengan cara merebus ni.. mudah sikit kerja kita.

So makna nyer, kita kenalah rebuskan dahulu. Then baru kita masakkan pulak kuah gulai nyer. Later, baru la kita masukkan siput sedut yang telah direbus tadi.

As well as, siput sedut dan lain-lain spicis yang sewaktu dengannya sebetulnya takda rasa ape pun. Cuma the thrill dok menyedut tu yang buat SEDAP. So, untuk itu semasa menggulai tu, letak la sedikit gula (sedikit jer tau) sebagai pemanis. Insya'Allah, kuah gulai kita lagi lemak dan sedap dari biasa.

** To whom it may concern.. harap soalan anda telah terjawab...

Friday, February 17, 2012

Gulai pucuk paku


Alhamdulillah.. rezeki hari Jumaat. Selepas banyak kali dok order dengan Bobby, minggu ni dapat jugak makan gulai pucuk paku. Yang sebetulnya Bobby kena balik mengejut ke Thailand. Ada urusan keluarga katanya. Dah alang-alang dia sendiri yang balik kampung, so dia sendiri yang masuk pasar. Dapat la sepeket pucuk paku. Actually Ibu order 3kg tapi dia cuma dapat 1.5kg jer. So dapat lima orang kawan Ibu yang lain merasa jugak. Sepeket 250grams.. cukup la sekali masak. Buat sekadar melepas hajat.

Selain dari pucuk paku, Bobby pun sempat bawak bunga kantan.. lama dah order ni. Sejak Thailand blom banjir lagi. Tu ari masa balik dari Malaysia Ibu bawak sikit jer. Selama ni tak berapa pakai sangat bunga kantan, sekali bila dah kena "kick" bahana aura bunga kantan masa masak asam pedas.. baru la haru-biru nak order dengan Bobby. Tapi, again alhamdulillah.. dapat dah 2 tray. Masuk kategori barang kawalan jugak tu. Ada masa, Ibu rasa bersyukur jugak duduk jauh di perantauan ni. Ibu belajar nak bersyukur dengan nikmat yang ada selain dari Ibu "lebih" rajin dari biasa bab masak-masak ni. Kalau dok Malaysia, macam-macam kan ada. Selain dari "tunjuk" itu ini.. Bonda kan ada...

Kalau ikut pada resepi asal, gulai pucuk paku (versi N9) tak guna udang, but instead guna ikan bilis. Tapi memandangkan stok ikan bilis yang Bonda baru pos tu ari masih tak berkopek dan udang ada pulak tinggal 7 ekor lagi.. Ibu guna udang ajer la sebagai pemanis.

Okey, jom.. kita tengok resepi kat bawah.. pada yang baru nak belajar masak gulai pucuk paku ni la..

Bahan-bahan;
Secekak pucuk paku (250grams)
** disiang/dipotong lalu direndam didalam air sejuk
Kunyit hidup
Cili api (pedas ikut masing-masing la ya)
Santan 1 tin atau 500ml
Udang (resepi asal ikan bilis- dalam segenggam)

Cara-cara menyediakan;
Blend cili dan kunyit, tapis dan masukkan airnya ke dalam bekas yang sesuai untuk menggulai.
Masukkan juga santan.
Kacau perlahan hingga mendidih.
Guna api yang sederhana besar agar kuah tidak meruap.
Apabila kuah hampir masak, masukkan udang.
Setelah itu, jika udang telah masak, masukkan pula pucuk paku.
Perasakan dengan garam..beres.

Nota kaki;
Jangan biarkan pucuk paku terlalu lama di dalam kuah gulai.
Kalau lembut sangat pun, tak best.


Thursday, February 16, 2012

Udang goreng masam manis.. 20minit siap


Hi all,
Ni nak share satu resepi yang cukup simple, senang nak disediakan (20 minit siap), sedap dan kompom anak-anak suka. Dulu masa Ibu masih study, pernah la jugak buat 3-4 kali. Ye la, student kan.. budget terhad tapi selera macam-macam. So, Ibu pun adjust la mana-mana yang patut dari resepi asal. Alhamdulillah.. setakat my dad, mom and Cik Asben okey jer.. FYI.. Ibu lepas kawin further study, so masa untuk masak-masak sangat la terhad. Plus time tu kerja pulak lagi.

Actually resepi asal guna cuka, but Ibu ganti dengan limau kasturi sebab my dad alah pada cuka makan. So pada yang suka nak mencuba resepi-resepi mudah, low budget, less time constraint.. jom kita study sama-sama..

Bahan-bahan;
Udang saiz sederhana dalam 10-15 ekor.. 
** nak buang kulit abis ke, nak buang kulit separuh ke, nak belah belakang ke., nak simpan janggut udang ke. terpulang la pada kreativiti masing-masing.
2-3 sudu makan sos tomato
2-3 sudu makan sos cili
sedikit serbuk lada hitam
sedikit gula
sedikit garam
sebiji limau kasturi (jika suka)
lada benggala sebagai hiasan 
** me, wajib.. ganti sayur tu
sebiji bawang besar
*** lada benggala dan bawang besar dipotong mengikut kesukaan, menyerong, dadu, or whatever.. you decide

Cara-cara memasaknya;
Goreng udang hingga masak (minimum oil please)
** ketepikan
Kemudian dengan minyak yang baru, gorengkan bawang besar dan lada benggala yang telah siap dipotong.
Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau hingga mesra.
Kemudian perasakan dengan gula, garam dan serbuk lada hitam.
Apabila sos telah siap, masukkan udang.
Tutup api dan baru perahkan sedikit jus dari limau kasturi.
Siap untuk dihidang.

Nota kaki;
Jangan campurkan air perahan limau kasturi ketika sos masih di atas api kerana dikhuatiri sos akan menjadi sedikit pahit.

Kangkung, kangkung dan kangkung lagi


Alhamdulillah..

Stok kangkung baru sampai malam tadi. Dah tu gerammmm sangat tengok "hijau" kangkung tu maka gigih Ibu menanak nasi pagi-pagi ni. Tapi bosan jugak asyik kangkung goreng berlada, kalau tak pun nasi goreng kampung.

So pagi ni Ibu goreng sempoi jer.. tapi Ibu goreng ngan lada hitam nak menggantikan dengan cili biasa. Bagi peluang pulak ke Arif. Ada masa dia tu memilih jugak walaupun dalam hati nak jugak makan yang pedas-pedas.

Walaupun rasanya ramai yang pandai masak, tapi Ibu tulis jugak la resepi nyer ya..

Bahan-bahan;
Udang saiz sederhana 7-8 ekor (nak boh lebih pun, no hal)
Secekak kangkung
1/2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam (adjustable)

Cara-cara memasaknya;
Siang kangkung dan kemudian direndam untuk mengeluarkan pasir, lumpur or whatever.
** ada org suka rendam dulu then baru siang, terpulang.
Bawang merah dan bawang putih dihiris lalu ditumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk sedikit untuk mengeluarkan rasa dan baunya.
Masukkan udang dan goreng hingga mesra.
Lalu dimasukkan kangkung.
Perasakan dengan garam.
Goreng sebentar.. siap..

Nota kaki;
Lada hitam adalah substitute yang paling baik bagi cili api. Insya'Allah, jika ada anak-anak yang cepat alah dengan cili, cuba ganti pula dengan lada hitam.


Wednesday, February 15, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad (SAW) bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH (SAW): "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Gulai ikan sembilang salai


Assalamualaikum semua,

Pagi ni just nak share satu lagi menu wajib masyarakat Melayu di Negeri Sembilan.. Gulai ikan sembilang salai. Pada yang kurang kenal, ikan sembilang ni sama jer dengan ikan keli. Cuma beza, ikan keli laut atau sungai saja. Hari ni pun dah banyak ikan keli air tawar. Well in my case, Ibu tak tanya la pulak asal-usul ikan-ikan yang Bonda dah salai tu. Suma Abang Man dari pasar borong Selayang yang provide. Cukup masa, dia orang hantar ke rumah, kita orang pakat-pakat cuci ramai-ramai then salai.


Menyalai ikan sembilang (ikan keli) ni lain sikit dari menyalai daging, ayam atau itik. Sebabnya, ikan mestilah disalai diatas pelepah daun pisang. Ikan sembilang ni sangat lembut, jadi bila dah dialas dengan pelepah daun pisang tu, senang la nak dibalik-balikkan semasa menyalai, plus ada tambahan pada aroma salaian selain dari bau asap tempurung dan sabut kelapa. Tambah pula, ikan akan menjadi lebih bersih jika dibandingkan disalai terus di atas dawai atau para besi. Isinya juga tidak akan melekat semasa hendak diangkat dari para besi tadi. Rugi wooooo.. Jangan cerita ke sesapa ya.. itu tips dari Bonda.

Cara memasak gulai ikan sembilang salai.. lebih kurang sama jugak seperti memasak gulai daging salai. Pada yang baru nak belajar memasaknya, jom kita study sama-sama..

Bahan-bahan;
Ikan sembilang salai 
Cili api (yang merah bukan hijau, nanti kuah rasa maung)
Kunyit hidup (kunyit serbuk pun okey jer)
Serai
** jika tidak menggunakan serai, boleh la digantikan dengan mangga, belimbing buloh, bachang, pucuk ubi, buah cepu dsd.
*** jika ada - daun kunyit. Kombinasi serai dan daun kunyit.. power babe..
1 tin santan pekat (tambah air jika perlu)

Cara-cara memasaknya;
Blend cili api bersama kunyit, tapis dan ambil airnya sahaja lalu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk memasak.
** Tips dari Bonda, ikan sembilang susah nak masuk kuah bila dah disalai, so pada yang kurang tahan pedas, please be a bit prudent with the use of the chilies.
Masukkan santan dan tambah air jika perlu.
Kacau selalu agar kuah tidak meruap.
Apabila kuah telah mendidih, bolehlah dimasukkan bahan-bahan sidekicks.
Masukkan ikan sembilang salai dan perasakan dengan garam.
Masakkan sekejap dan bolehlah dihidangkan.
** Ikan sembilang yang telah disalai can be considered as "dah masak" so tak perlu dimasak lagi dalam tempoh yang lama. Otherwise, hancur pulak ikan tu nanti.

Ini adalah gambar koleksi semasa pi picnic kat Port Dickson balik summer last year
Ibu tak suka makan kulit ikan dan kepala ikan, selalunya Ayahanda la yang jadi tukang kutip.. tu sebab me dan my dad kena dok sebelah-sebelah.. senang nak pass-pass makanan
(anak Ayah la katakan)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...