Beautiful Friends

Monday, August 13, 2012

Ikan pari bakar..

Yang ini memang kes saja nak tunjuk rajin. Bukan masuk kategori wishlist makan-makan pun. Tapi sebab senang sangat nak buat, hatta tiap petang pun sanggup. As long as, ada bahan-bahannya.

Omak pulak as long as "bakar" memang tak menolak, so bila lagi nak manjakan Omak kan kan kan. Whereas for Ayah, kena masak lain la sebab Ayah memang kurang sangat bab-bab yang "berbakar" ni.

Untuk membakar ikan pari, Ibu biasanya tak guna daun pisang sebab bau daun pisang boleh "overtake" bau ikan pari. Ikan pari bakar kan wangi. Bahan-bahan untuk memerap pun berbeza sikit.  Okey, jom kita study sama-sama. By the way, ini cuma one way of membakar ikan pari yang Ibu suka buat. Ada rezeki lain kali kita share lagi ya.

Bahan-bahan untuk memerap ikan pari;
* Sebiji bawang besar
* 4-5 ulas bawang putih
* Kunyit serbuk
2-3 biji limau nipis

Cara-caranya;
1- Semua bahan-bertanda * dikisar halus.
2- Perahkan jus limau nipis .
3- Jika suka bolehlah dicampur sedikit garam.
4- Lumurkan bahan kisar yang telah dicampur dengan jus perahan limau nipis pada ikan pari dan perapkan seketika.
5- Kemudian bolehlah dibakar.
6- Jika ada pes bahan perap yang berlebihan, bolehlah dibubuh sedikit demi sedikit semasa membakar.

Untuk kuah kicap pedas pula;
(ini cuma cadangan, jika suka bolehlah dibuat air asam mengikut kesukaan masing-masing)
Bahan-bahannya;
Sebiji bawang besar, dicincang
Cili api secukup pedas, dicincang
Kicap kipas udang, hat warna merah (lemak manis)
Perahan limau nipis secukupnya
Sedikit gula dan garam

Cara-caranya;
1- Campurkan semua bahan-bahan tersebut.
2- Kemudian adjust rasa sehingga mendapat rasa yang dikehendaki.

- Orang rajin, bakar ikan dalam frying pan saja -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...