Beautiful Friends

Wednesday, August 15, 2012

Lauk orang kampung, gulai ikan tenggiri dengan peria.. ada aku kisah..

Katalah apa nak kata pun, pahit ke.. kelat ke.. tak sedap ke.. ada aku kisah. Kami anak-beranak okey je. Amsyar siap meratah peria lagi. Ayah, memang kena sangat dengan selera dia laa. Omak, as long as dah terhidang atas meja.. memang tak ada dakwa-dakwi laa. Me, of course la okey sebab yang masak lauk ni ME!!!

Mungkin ada yang pelik macam mana Amsyar budak umur 12 tahun tinggal pulak di Kuwait tapi boleh pulak layan PERIA. Well, masa kat sana pun memang inilah yang Ibu masak dan hidang untuk dia. So, tak ada yang pelik laa kan. Amsyar ni pun membesar dengan air tangan Omak. Kisahnya, masa dia kecik dulu memang Omak laa yang jaga dia. Time tu Ibu dan Cik Asben dok sambung study. So, apa yang Atuk and Uwan dia makan maka itulah yang dia makan jugak. And sampailah ke besar, tak ada huk tak ada hek. Setakat lauk orang kampung pedas-pedas ni memang suka sangatlah dia.


Kalau ada yang berhajat dengan resepi, bolehlah klik di sini.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...