Beautiful Friends

Wednesday, August 1, 2012

Nasi Arab Damsyik at Ampangan, Seremban.


Jangan salah sangka, bukannya saja Ibu nak mengelat masak di rumah tapi sebab Ibu berhajat sangat berhajat nak makan nasi mandi. Dah hampir sebulan di Tanah Malaya, perut dan tekak meronta-ronta nak sangat makan makanan ala-ala Tanah Pasir Berdengung. Mujur di Ampangan, Seremban ada pulak Nasi Arab Damsyik. Maka, terus buat reservation dan makanya petang semalam kami sekeluarga, family adik and my mom and dad berbuka puasa di sana.

Ikhlas, maaflah jika ada yang kurang bersetuju tapi rasanya tidaklah sehebat cerita yang Ibu dengar dari rakan-rakan senegeri. Tho' food wise "kureng" tapi tempat makannya memang selesa. Para pengunjung boleh memilih untuk makan di meja makan dengan kerusi yang biasa ataupun duduk bersila. Come, let me show you then..


Service pula, yang ini memang Ibu puji. Alhamdulillah.. Ibu berani bagi 5 bintang sebab memang bagus. Menyedari rata-rata pelanggan yang datang adalah beragama Islam dengan tujuan semata-mata hendak berbuka puasa, sememangnya pada Ibu sangat bagus. Pelanggan tidak perlu menunggu lama kerana pekerja dari restauran ini amat cekap dan berdisiplin. Harga wise, pada Ibu memang berpatutan kerana portion yang diberikan sememangnya mencukupi untuk menampung 2 orang dewasa makan.

Cuma again ikhlas dari Ibu, seandainya ayam atau daging kambing yang semasak semalam "sedikit lebih lembut" nescaya memang licin dulang kami.


Omak pulak dengan prinsip tidak mahu membazir telah "me-recyle" semula daging kambing yang banyak berbaki semalam. Makan kari kambing laa kami hari ini.

Beginilah rupa kari daging yang telah di-modify oleh Omak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...