Seumur
hidup ini la baru sekali Ibu masak asam pedas macam ni. Biasanya cuma guna ikan
tenggiri, ikan merah, ikan parang atau ikan terubuk. Hasilnya, memang sangat
puas hati. The used of keladi pulak sebenarnya nak menghabiskan stok keladi
yang ada sikit berbaki selepas masak gulai siput sedut last few days. Ikan pari
ni pun sebenarnya balance dari bakar ikan pari last few days jugak. So dari
membazir, lebih baik kita masak something a bit different kan kan kan.
Nak
memasaknya, sama saja dengan masak asam pedas yang lain. Beza cuma dari
bahan-bahannya saja. Ikannya ditukar ke ikan pari whereas sidekicks pulak
ditukar ke keladi.
Cuma
sedih sikit laa hari ni. Asam pedas Ibu kurang mendapat sambutan. Dulu kan
pernah Ibu cerita, Ayah jenis yang tak suka beralih selera. Dia dah biasa asam
pedas cuma guna ikan yang biasa selain dari ikan pari and partner pulak dengan
kacang bende atau terung. Penggunaan daun kesum dan bunga kantan adalah
dilarang sama sekali sebab Ayah tak suka dengan baunya. So nampaknya hari ni
Ibu layan masak asam pedas ni dengan Omak sahajalah. Sob sob.. tengah sedey ni
wooo..
Bahan-bahan;
Ikan
pari, dipotong mengikut kesesuaian
3
senduk pes cili boh
(adjustable)
*
Sebiji bawang besar
*
5-6 ulas bawang putih
*
Halia sebesar ibu jari
(semua
bahan-bahan bertanda * dikisar halus)
1
sudu makan pes asam jawa
(Ibu
guna hat cap Adabi)
Keladi
yang dipotong serong
Sedikit
daun kari
Cara-caranya;
1-
Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2-
Masukkan pes cili boh dan daun kari lalu dimasak sehingga terbit minyak.
3-
Masukkan sedikit air dan pes asam jawa lalu kacau perlahan hingga mendidih.
4-
Setelah itu masukkan ikan pari yang telah dicuci.
5-Masukkan
keladi.
7-
Apabila ikan pari telah masak dan keladi telah lembut perasakan dengan garam.
8-
Beres.
No comments:
Post a Comment