Beautiful Friends

Wednesday, August 1, 2012

Mihun goreng tomyam, untuk moreh.


Ello all,

Moreh ataupun makan selepas selesai dari menunaikan solat terawih bukanlah satu kemestian di rumah ni. Tapi tahun ni Ibu rajin la pulak masak moreh untuk keluarga di sini. Walaupun bukan muffin, kek red velvet. cup cake atau all those yang fancy.. Ibu hanya masak yang simple dan sampai dek akal ku sahaja.

Malam tadi kami makan mihun goreng tom yam. Ayah suka masakan yang masam-masam. Harapnya mihun goreng tom yam ni masuk jugak dek tekat, perut dan selera ayah. Omak, no problem. As long as "mihun", she got no problem at all. Omak lagi prefer anything to do with mihun compare to mi kuning.

Jika ada yang ingin berkongsi rasa, resepi boleh lihat di bawah;

Bahan-bahan;
* Sebiji bawang besar
* 4-5 ulas bawang putih
* cili api secukup rasa
2 peket perencah tom yam pes Adabi
2 biji telur
Sepeket mihun, direndam sebentar untuk melembutkannya
Sedikit udang saiz sederhana 
Sedikit sotong
Kombinasi fish cake, fish ball dll. mengikut kesukaan
2-3 helai daun limau purut
Sayur-sayuran yang disukai, well in this case Ibu cuma guna sawi hijau and sedikit kailan.

Cara-caranya;
1- Tumis semua bahan-bahan yang bertanda * dan goreng sehing naik bau.
2- Masukkan pes Adabi dan gaul sebati.
3- Masukkan pula telur dan goreng sehingga menjadi seperti scramble egg.
4- Masukkan daun limau purut untuk menambah aroma.
5- Masukkan semua perencah i.e udang, sotong dan kombinasi fish cake, fish ball dll. yang telah dipotong mengikut kesukaan.
6- Goreng sebentar dan dan perasakan dengan garam dengan cara ini mihun jadi serata masinnya.
7- Masukkan mihun yang telah direndam dan ditoskan.
8- Gaul sebati bersama perencah yang telah disediakan tadi.
9- Akhir sekali masukkan sayur-sayuran (Ibu suka sayur kurang lembut).
10- Beres.
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...