Iftar terakhir kami untuk tahun ini, riyash khas dari Cik Asben untuk family di sini. Walaupun serba kekurangan tapi yang mustahak, kasih sayang yang dibawa bersamanya. Sudah tentu anak-anak terutamanya Si Cinonet paling happy dengan pemberian ini.
Sayunya hati ini apabila Ramadhan telah berakhir. Harapnya di tahun hadapan, insya'Allah kami ditemukan lagi dengan Ramadhan Ya Kareem.
Di kesempatan ini kami dari keluarga Mohd Faeiz dan Haji Abdul Rahman, ingin memohon maaf zahir dan batin seandainya semasa Ibu berblogging di sini ada kata-kata dan coretan yang menghiris hati dan perasaan rakan blogger yang singgah di sini. Maklum sahajalah, Ibu hanya insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan salah dan silap.
Again, selamat meraikan Eidul-Fitri Al-Mubarak.. enjoy it to the fullest.
Dah ghayo weiii...
No comments:
Post a Comment