Beautiful Friends

Monday, August 6, 2012

3 + 1, pucuk ubi + serai + daun kunyit dan gulai ikan tenggiri salai

Iftar semalam, gulai ikan tenggiri salai + pucuk ubi + serai + daun kunyit. Hasilnya, memang sangat nyaman dan sangat wangi. Mahu tidaknya, sedangkan jika dimasukkan sehelai dua daun kunyit pun dah cukup wangi, inikan pulak dengan kombinasi serai dan daun kunyit.

Pada mulanya Omak bercadang hendak masak gulai ikan tenggiri salai ni dengan mangga sahaja, akan tetapi memandangkan sebiji mangga pun tidak dijumpai maka terpaksalah kami ubah pada “plan B”. Mujur tinggal di kawasan kampung ni segala jenis daun-daun dan perencah untuk masakan mudah didapati. Di belakang rumah, daun kunyit, serai, pucuk ubi, daun gelugur dan bermacam-macam lagi semua ada.

Sebenarnya Ibu pun tak pernah cuba resepi ini tapi bila dah cuba ni, insya’Allah memang akan Ibu cuba lagi pada masa akan datang.

Cara memasaknya sama sahaja dengan menggulai lauk-lauk yang berasaskan ikan yang lain Cuma perlu masakkan kuahnya, ketukkan 2-3 batang serai, daun kunyit dihiris halus dan masukkan ke dalam kuah. Akhir sekali apabila hendak matikan api, campurkan pulak dengan daun pucuk ubi. Sonang bona..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...