Sebetulnya
lauk ayam goreng kunyit ini menjadi kesukaan Cik Asben. Walaupun dihidangkan
2-3 kali seminggu pun, pasti Cik Asben tidak menolak. Tapi hari ini bila Ibu
selesai sahaja menggoreng ayam kunyit ini, terasa rinduuuuu sangat laa pulak
dengan Cik Asben. Siapa tak saying suami weiiii.. Tambah pulak bila sudah
berjauhan begini. Walaupun boleh berhubung dengan skype, viber, tango, sms dan
macam-macam lagi, masih tidak dinafikan rasa rindu masih menebal. Namun apakan
daya, tugas memisahkan kami. Alahai… aduhai.. jiwang karat laa pulak.
Anyway,
waktu sahur jarang Ibu masak yang heavy. Lagi simple lagi bagus. So, inilah
hasilnya. Jika ada yang ingin mencuba, resepi ada di bawah.
Bahan-bahan;
Kepingan
isi ayam, dipotong mengikut kesesuaian
Cili
merah - dipotong serong
Cili
hijau- dipotong serong
Bawang
besar - dimayang
Serbuk
kunyit
Garam
Minyak
untuk memasak
Cara-cara;
Cara-cara;
1-
Bersihkan isi ayam dan potong mengikut cara masing-masing.
2-
Toskan dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
3-
Kemudian terus goreng kosong dalam kuali (untuk mengeringkan air ayam).
4-
Setelah air ayam itu kering, boleh laa masukkan sedikit minyak.
5-
Masukkan bawang besar yang telah dimayang bersama dengan cili merah dan cili
hijau.
6-
Perasakan dengan garam (jika perlu).
7-
Gaul sebati.
8-
Setel dan sedia untuk dihidangkan..
No comments:
Post a Comment