Muahahaha..
Moh kito buek tapai...
Sekali dalam seumur hidup ini, barulah ini kami pertama Ibu buat tapai. Balut pulak dengan daun keladi. Selama ni tolong-tolong Omak bungkus tapai jer. Okey laa, tak adalah susah sangat. Nak membalutnya pun, tak adalah cerewet sangat. Cuma tang nak mencari daun keladi + cari saiz + nak memotong daunnya sahaja. Tambah pulak getah daun keladi ni bahaya sikit. Kalau tak hati-hati, baju boleh jadi warna merah macam nak coklat kat tempat yang kena getah daun keladi tu. Ibu buat pun tak banyak, setakat 2kg saja.
Kalau ada sesiapa yang nak belajar cara-cara nak buat tapai;
* 2kg beras pulut direndam semalaman
* Selepas itu dikukus seperti mengukus pulut biasa
* Selepas pulut lembut, taburkan ragi
(sukatan ragi, itu kena tanya tokey kedai sebab bila Ibu kata beras pulut 2kg dia terus bagi ragi)
* Selepas ragi digaul rata dengan pulut yang telah dikukus, biarkan ia sejuk sebentar
* Kemudian apabila ia telah sejuk bolehlah dibalut mengikut kebiasaan masing-masing
* Akhir sekali simpan tapai di suatu tempat selama 2 hari, dan bolehlah dimakan
* Akhir sekali simpan tapai di suatu tempat selama 2 hari, dan bolehlah dimakan
Memandangkan kami kena berjaga sehingga lewat pagi, maka untuk memujuk mata yang makin layu.. Ibu hidangkan laa dengan mi goreng mamak.. aci tak??
No comments:
Post a Comment