Beautiful Friends

Tuesday, August 7, 2012

Anjung Seri -vs- Impiana


Tipu laa kalau ada yang tak kenal majalah Anjung Seri dan Impiana. Pada sesiapa yang mengaku jadi warganegara Malaysia sure kenal dengan dua majalah ni. Kalau tak pernah baca pun, setakat lalu lalang kat kedai mamak pun sure pernah nampak majalah ni kan kan kan. Me, dulu masa dok sini memang ini laa dua jenis majalah yang wajib dibeli tiap bulan. At last, sebab malas nak terkejar-kejar setiap bulan so Ibu pun langganlah setahun sekali. Senang sikit hati kalau-kalau terlupa nak pi kedai masa awal bulan.

Tapi semenjak dah berhijrah ke negara Pasir Berdengung, susah sikit laa. Dulu pernah jugak mintak kawan tolong pos ke sana tiga bulan sekali. Tapi kesian pulak ke member sebab dah jadi macam posmen tak bertauliah laa pulak. Kita pun maklum, dia pun banyak benda yang nak dilayan selain daripada dok melayan kerenah Ibu.

So, bila balik sahaja ke sini masa jumpa first petrol pump terus mintak Cik Asben berenti kejap sebab nak pi beli majalah yang "dua" ni. Mujur time tu masih ada keluaran June both for Impiana and Anjung Seri. Anak-anak pulak dok sakan beli majalah Upin Ipin dan yang sewaktu dengannya. 

Sebenarnya bukannya Ibu baca sangat pun majalah ni. Cuma kadang-kadang bila dok boring tak ada apa nak buat, barulah mula dok kelebek selak sana sikit selak sini sikit mana yang patut. Lebih tengok gambar dari membaca pun. 

Tapi bila raya dah dekat ni, inilah dua majalah yang paling rajin Ibu selak. Saja nak cari idea. Saja cari pasal. Boleh dikatakan setahun sekali sure susun atur dalam rumah Omak jadi sasaran Ibu. Mulalah sessi angkat-mengangkat dan alih-mengalih. Saja suka-suka. Cari mood baru. Mujur Omak and Ayah tak kisah or banyak hal. Buat laa apa yang patut. As long as, dah pandai buat sepah, pandai kemas balik. Ada masa, satu ruang tu sampai satu hari pun tak siap-siap kemas sebab iklan yang banyak sangat. 

Maklum sahajalah, bulan puasa kan kan kan.


Saja cari pasal. Merombak semula buku-buku yang dah elok tersusun dalam almari dengan alasan nak buat mini-library yang baru. Akan tetapi akibat daripada "almari buku" yang ditunggu tak kunjung sampai walaupun setelah seminggu menunggu, maka inilah rupa kawasan mini-library sementara Ibu. Memang tempat anak-anak melepak laa ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...