Rasa dah macam minggu seafood
pulak minggu ni. Mau tidak nyer.. semua menu berasaskan hasil dari laut sahaja.
Ayam dan daging langsung tak masuk senarai. Yang sebetulnya, Ibu geram tengok
ketam, ikan, udang dan sotong semuanya segar-segar belaka. One thing about
pasar di Kuala Pilah ni, tho’ barang di pasar basah a bit expensive dari tempat
lain tapi I can guaranty semuanya segar-segar. Kalau masa nak siang ikan tu,
insangnya pun berdarah lagi.
Petang ni buat sup ketam lagi. As
usual, Ibu masak dengan cara yang paling ringkas dan dengan bahan-bahan yang
paling minimum. Tak percaya, try tengok resepi kat bawah.
Bahan-bahannya;
Ketam – dibelah dua dan disiang
lalu dicuci dan ditoskan
* Sebiji bawang besar
* 4-5 ulas bawang putih
* Sedikit halia muda
Sedikit daun sup
Cara-caranya;
1- Kisar semua bahan-bahan yang bertanda *.
2- Tumis sehingga naik bau.
3- Setelah itu masukkan sedikit air untuk dijadikan sup ketam.
4- Setelah itu masakkan sehingga ia mendidih.
5- Kemudian masukkan ketam yang telah disiang tadi.
6- Apabila ketam telah bertukar warna menjadi merah, itu tandanya ia telah masak.
7- Perisakan dengan garam.
8- Masukkan sedikit daun sup sebagai penambah aroma.
9- Beres.
No comments:
Post a Comment