Beautiful Friends

Sunday, August 5, 2012

Sambal tumis udang, dari Uwan untuk Amsyar.


Khatam sudah satu lagi wishlist makan-makan Amsyar. Tu hari memang dia dah makan lauk sambal tumis udang ni tapi sebab Mbak Miss yang masak so kira tak aci la. Ni bila masuk bulan puasa, memang dapur hanya Ibu and Omak yang conquer. Sejak dari Kuwait lagi dia dah berhajat, siap sebut lagi nak "Uwan" yang masakkan. Jangan tanya Ibu kenapa, walhal resepinya sama sahaja. Maybe jugak air tangan Uwan ada extra special dari air tangan Ibu. Ibu okey jer. Tambah pulak memang Ibu "kereng sikit" dengan masakan yang bersambal ni.

Makanya, petang semalam sampai sudah hajat Amsyar. Dalam sedar tak sedar nasi bertambah-tambah lebih dari biasa. Sambil sengeh sampai ke telinga tak putus-putus dok puji Uwan masak sedap. Secukup rasa dengan pedas sampaikan hidung jadi merah menyala. Tapi itulah dia, anak Bujang Sulong Ibu. Kalau tak pedas memang tak sah. Jauh sekali beza dengan Haazem and Arif. Tapi adatlah kan, lain anak lain perangai, sifat dan kerenah serta seleranya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...