Alhamdulillah.. selesai sudah
kami sekeluarga berbuka puasa dengan juadah yang serba sederhana. Sememangnya
jika mengikut kebiasaan, kami hanya menghidangkan dua jenis lauk dan sejenis
sayuran sahaja. Jarang-jarang sekali kami berbuka dengan juadah yang melebihi
dari 3 jenis. Bila sudah terlalu banyak, susah pulak hendak membuat pilihan.
Jenis lauk yang hendak dimasak juga kebiasaannya ditentukan sehari lebih awal.
Dengan cara ini, Ibu and Omak lebih berhemah ketika keluar berbelanja. As once
I said, barang-barang di kampung Ibu ni memang jauh lebih mahal jika
dibandingkan yang dijual di pasaraya biasa.
Kebetulannya ada 6 biji telur
itik dalam fridge, so untuk tambahannya Omak hanya perlu mencari “partner” bagi
melengkapkan masakan. Alhamdulillah, daun gelugur tengah banyak. So, apa lagi..
petang ni menggulai laa kami.
As usual, air tangan Omak tidak
pernah menghampakan. Terima kasih Omak. Khatam sudah satu lagi wishlist
makan-makan Ibu.
No comments:
Post a Comment