Sarapan
di luar lagi hari ini. Sementara masih di sini, memang Ibu nak melayan tekak
dan perut. Rata-rata masih ramai yang dalam mood hari raya, kedai makan jugak
masih terhad. Masih ada yang bercuti hari raya. Kedai Omak sey pun
cuma akan mula beroperasi minggu hadapan.
Melang Kopitiam.. ini terletak hanya berhadapan
dengan Melang Inn. Jika ada yang sesiapa yang berurusan dengan JPJ Kuala Pilah
pasti tidak akan terlepas pandang dengan kedai makan Melang Kopitiam ini.
Masakan
yang disediakan juga ada pelbagai. Dari mi kari, lontong, kue tiaw latna, nasi
goreng kampung serta masakan dan minuman panas yang lain.
Pada sesiapa yang
ingin mencuba masakan tradisional Negeri Sembilan and kebetulannya berada di
kawasan berhampiran, mungkin boleh singgah dan menjamu selera di sini.
Kami pun sebenarnya kalau setiap kali cuti.. memang takkan cari kedai yang lain dah.. memang terjah ke sini saja.
Very convenient.. even dah mind-set pun apa yang nak di makan and what to expect.
No comments:
Post a Comment