Semakin hampir ke penghujung bulan Ramadhan, semakin malas pulak nak makan sahur. Maybe sebab perut dah boleh tune dengan routine harian. Tapi mengenangkan anak-anak especially Manja Ibu yang sama bangun sahur, maka dayakan jugak laa membuka mata. Tambah pulak selepas hari hujan, memang best sangat laa layan tidur.
Haazem, memang anak bertuah. Kalau tak disuap makan memang takkan makan laa dia. So solution, kena bersuap jugak laa. Tapi demi anak, semuanya sanggup Ibu buat. Otherwise, puasa esok hari selang sejam dia akan tanya, "Ibu, lama lagi ke nak bukak puasa?". Dah jadi macam tu, memang wajib la dia "bersahur".
Pada yang adult, no excuse. Sama jugak taraf dengan Haazem. Kalau bukan sebab anak-anak cucu, agaknya mau Atok and Uwan setakat minum air sahaja. Solution, kena laa ada lauk yang a bit catchy. May it be simple and pedas. Memang itulah yang dicari. Well, kali ini tauhu goreng pedas dengan petai jadi pembuka selera.
Jika ada yang sudi berkongsi rasa, resepi ada di bawah.
Bahan-bahannya;
Tauhu goreng 3 keping dipotong kecil
Cili api secukup pedas
2 biji bawang besar
- Sebiji untuk menumis
- Sebiji dipotong kasar
4-5 bawang putih
Segenggam ikan bilis
- Separuh untuk menumis
- Separuh digoreng garing
Petai
Cara-caranya;
1- Goreng sebahagian dari ikan bilis sehingga garing, tos dan ketepikan.
2- Goreng tauhu sebentar, toskan dan ketepikan.
3- Goreng biji petai yang telah dibuang kulit, toskan dan ketepikan.
4- Goreng bawang besar, bawang putih dan cili api serta baki ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
5- Setelah itu masukkan semua bahan-bahan yang telah digoreng terlebih dahulu tadi bersama bahan penumis.
6- Kemudian masukkan bawang yang telah dipotong kasar.
7- Gaul serata dan perasakan dengan garam.
8- Selesai.
No comments:
Post a Comment