Beautiful Friends

Tuesday, October 16, 2012

1001 Khasiat Kunyit



Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya mampu membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.

Bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam

Manakala dipandang dari sudut saintifik pula, kunyit diyakini baik sebagai;

- Agen antiseptik dan antibakeria semulajadi yang sangat berguna dalam pembasian luka serta kesan terbakar.

- Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.

- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.

- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.

- Dapat menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheumer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.

- Boleh mencegah daripada berlaku pelbagai bentuk kanser yang berbeza jenisnya.

- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.

- Boleh membantu dalam metabolisma lemak dan membantu dalam penurunan berat badan.

- Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri-ciri anti-radang, ia adalah satu rawatan semulajadi untuk artritis dan artritis reumatoid.

- Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel serta mengurangkan kesan sampingan.

- Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.

- Menghentikan pertumbuhan saluran darah beku di dalam tumor barah.

- Sangat pantas dalam penyembuhan luka-luka serta membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.

- Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain-lain keadaan kulit radang.


4 comments:

  1. Saya pasti cubam syukur pertemuan di blog dengan kuasa Allah

    ReplyDelete
  2. Semoga ilmu yg dipanjangkan ini memberikan barakah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. ..terima kasih, ilmu yg bermanfaat. .saya sedang blogwalking..jemput ke blog saya pula ye...www.allnutrition4life.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaykum,kunyit sememangnya bermanfaat kalau kena caranya,sila keblog saya untuk mengetahui kaedah pengunaan kunyit dalam melawan kanser,InsyaaAllah http://www.klinikkeputihan.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...