Beautiful Friends

Sunday, October 28, 2012

Perginya tak kembali..

Perjumpaan terakhir sebelum Ibu kembali ke Kuwait.

Assalamualaikum all,

Semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan berita sedih dari Tanah Malaya. Patutlah tengok ada berderet "miss call" dari Malaysia but since tenet tenat, nothing much can be done. My eldest cousin's husband passed away. Alhamdulillah, arwah pergi dengan keadaan dengan cukup bersih dan tenang. Ketika itu arwah baru sahaja selesai mengambil wudhu untuk mengerjakan solat Duha. Arwah yang merupakan bekas Dekan di sebuah fakulti di UITM Sham Alam meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak. Arwah juga sempat mengucap sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sebelum ini hubungan kami seperti hampir terputus tambahan pulak dengan keadaan Ibu dan keluarga yang berada di sini. Namun cuti musim panas yang lalu, Ibu sempat berjumpa arwah, bukan sekali bahkan tiga kali sepanjang tempoh percutian kami di Malaysia.

Arwah, sebagai bekas tenaga pendidik sudah tentu amat cintakan ilmu. Beliau tidak henti-henti dan sudahnya mengingatkan Ibu tentang betapa beruntungnya kami sekeluarga kerana dapat berhijrah ke sini. Peluang untuk mempelajari Bahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran adalah sepatutnya tidak kami pandang remeh dan lepas pandang. Pada anak-anak pula beliau berpesan agar seboleh-bolehnya mengambil peluang ini untuk memantapkan Bahasa Inggeris kerana mereka semua bersekolah di sekolah yang mana bahasa perantaraannya adalah Bahasa Inggeris.

We're going to miss you Abang Mat. Tiada lagi usik-mengusik serta gurau-senda yang seperti lazimnya setiap kali jika kami berpeluang berjumpa.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosamu serta dipermudahkan segala urusan ke alam yang kekal abadi. Al-Fatihah.

- Ketika Ibu dijemput untuk minum petang di rumah sepupu. Perjumpaan semula selepas beberapa tahun terputus hubungan -






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...