Beautiful Friends

Tuesday, October 30, 2012

Winter.. ahlan.. ahlan..

Amsyar yang baru nak mula "menuntut" dengan Uncle Yunos.. ada harapan boleh buat sendiri lepas ni..
 
Assalamualaikum all,

Winter sudah mari!!!!!
Kepalang sukalah anak-anak Ibu. Sebelum ini, masing-masing dok menghitung hari kekdahnya. Tapi Ibu.. arghhhhhh... Bukan masalah nak mengeluarkan stok-stok baju tebal tapi memang sebab tak suka sejuk. Even masa summer pun dok dalam rumah pakai baju panas, siap pakai stokin lagi. Itu semua gara-gara sebab aircorn di building ni centralized. Sejuk 24/7.

Semalam kami dapat jemputan ber-bbq dari keluarga Bang Yunos dan Kak Ellina. Kebetulan pulak dia orang baru saja berpindah rumah. Anak yang sulong dan kedua dah balik Malaysia sambung belajar whereas yang bongsu bakal menyusul pulak coming Jan 2013. So since dah tinggal berdua sahaja, they've decided to get a new hut which is jauh lebih comel dari yang sebelumnya. Alasan dia orang, they don't need the SPACE anymore since nanti tinggal berdua sahaja. Which for me is very wise. Yet, itu pandangan peribadi Ibu. Mungkin pada orang lain.. TIDAK SAMA SEKALI.

Uncle Bob yang sentiasa bersedia membantu..

Sebetulnya jamuan mula selepas solat dzohor, but we decided to come early. Tolong-tolong Tuan Rumah apa-apa yang patut. Selepas setahun tak buat aktiviti macam ni, memang seronoklah kalau boleh berkumpul semula, sambil makan-makan, sembang-sembang then makan-makan lagi.

Amsyar tengah dok men-survey kalau-kalau ada sosej yang boleh dijadikan mangsa..

Arghhhhh.. cili dah hangus!!!
Namun, ciri-ciri keselamatan amat dan masih dititik-beratkan..
Unless ada ilmu kebal, bolehlah try pegang besi tu bare hands. 

Dato'.. intai apa tu???

Yang seronok tu sebab kali ini rumah Kak Elli and Bang Yunos is on the top floor. So skali dengan roof-top dia orang dapat. So rumah tak berkecah langsung. Apa-apa yang dari dapur terus boleh hantar ke roof-top (sebab sama level). Dah lah kawasan luas then since area rumah dia orang ni dekat dengan pantai, memang berangin sangat laa. Sampaikan semalam Ibu pinjam selimut dari Tuan Rumah sebab tak tahan sejuk sangat dah.

Aktiviti sambilan.. "jari-jari" yang tak berbedung.. sila tarik diri..

Si Cinonet.. layan diri..
Ayahhhh.. pinjam spek kejap.. silau laa..

Uncle Bob tengah dok tayang skill..


Arif & Marbles.. 
Memang ada sejarah tersendiri. Actually Ibu pernah buang segenggam besar sebab dia suka sangat masuk mulut. So semalam bila dia nampak balik marbles tu, geram semacam sajalah. Siap nangis-nangis nak pi beli. At last tertidur sambil menangis. Still.. NO WAY...

Antara rezeki kami semalam.
Memang kenyang sampai ke malam. mau tidaknya.. dengan nasik lagi (Ibu terjah ni dulu), ikan masak kari, sayur tumis air dengan soon, manisan, salad, daging dan ayam bakar, riyash,.. ishhh.. macam-macam laa lagi. Siap tapau bawak balik rumah lagi.

Pada yang menjemput.. terima kasih daun keladi. Ada rezeki kalau ada bbq lagi.. jangan lupa jemput kami lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...