Beautiful Friends

Monday, October 29, 2012

TASTY yang TASTELESS..



Assalamualaikum all,

Masih dengan cerita hari raya kurban.. tahun ini kami terpaksa berkurban dari beraya di embassy (seperti kelaziman) demi Cik Asben yang terpaksa berkhidmat untuk negara. Not just for Kuwait, but for Iraq too. Tapi inilah yang dikatakan "lebih sudu dari kuah". Orang lain yang kerja tapi orang lain pulak yang tension lebih. Tapi.. manakan tidaknya, dah laa dengan mode Hari Raya, punyalah teruk site down kali ini. Tapi adatlah, kat Malaysia pun sama jer kan. During raya ni laa segala Maxis, Digi, Celcom nyer line congest kan. Sama laa jugak di sini pun. Pantang letak jer "talifon berhantu" tu, sure kejap lagi "dia" bunyi balik.

Yang anak-anak pun dah sedia maklum, bila phone bunyi saja "ayah... call". Cuma selalunya (maybe sebab tak pernah kena rotation during cuti raya) so kami tak pernah berhadapan dengan "sesak nafas" sebegini. Kesihan ke Cik Asben, sampaikan nak makan pun tak boleh aman.

So, Ibu yang merangkap PA pada Cik Asben dengan tersangat laa senang hati bila pagi semalam Cik Asben officially hand-over talifon "berhantu" pada mangsa seterusnya. Tapi mungkin mamat tu takkan rasa se-tension macam Cik Asben sebab raya mode dah clear by today.. kut..

So, selepas upacara serah talifon oren selesai.. kami anak-beranak dengan disertai sama oleh Uncle Bob pun mulalah dengan agenda nak beraya. Lokasi pertama, isi perut dulu laa. Bila dah sarapan tu, cari yang ringkas-ringkas dulu laa kan. Tempat di tuju.. kedai roti canai.

Yang ini memang original dari India yakni roti canai nyer tersangat laa lembut.. and LESS OIL, okey. Lembut jer bila masuk dalam mulut. Anak-anak pun bukan setakat mintak sekeping, tapi dua keping sorang. Kenyang tuuu..

Ini bukan teh tarik tapi roti tarik.. lembut babe.. berbaloi mintak extra..

Darah anak Kelantan, dia tak carik dhal or curry.. tapi dia carik GULA jugak laa..

The puri.. keras sikit laa. Ada tempat lain yang lagi best..

Then tak sah setakat makan roti and puri, sure nak kena ada lauk jugak kan. So we ordered chicken 65 and mutton masalla. Rating.. 3* sahaja. Chicken 65 too dry and masalla pulak tak jumpa pun daging kambing?? Dhal fried pulak.. hurrmmm.. pun kurang menarik sebab tawar jer.

Mutton masalla yang dagingnya too "berderai", kecewa..

Chicken 65.. too dry.. anak-anak pun macam kurang minat saja.. nak meratah pun tak feeling..

Sample dhal fried, macam dalam pinggan Ibu tu. Very the tasteless.. frust..

Then, finally the teh tarik.. alahai, maybe sebab dah immune dengan teh tarik buatan sendiri yakni kelat tapi manis (Ibu angkut berpeket-peket stok Teh Boh dari Tanah Malaya), so the moment masuk saja "teh-tarik-masam" ni ke tekak.. immediately.. BIG NO !!

No wonder laa Cik Asben mintak kopi instead of teh tarik. Totally out. Dah laa dia orang guna susu cair pulak tu. Memang takda FEEL langsung..

So pada rakan-rakan yang tersesat ke kedai roti canai ni.. jangan laa terpedaya dengan iklan free kat depan kedai roti canai ni. I'm sure ramai yang akan agree dengan Ibu tho' sekali saja makan di sini. Roti canai wise, memang OK.. infect.. BIG OK. Lembut and sedap. The rest.. hurmmm..

There.. iklan free.. Tasty yang testeless..

Agenda seterusnya, demi nak meng-qhada' cuti raya dua hari yang dah hangus.. projek seterusnya.. Jeng.. jeng.. jeng. Ada masa, ada rezeki kita sambung cerita lagi yek.. daaaa...

Bila kaum ADAM berpakat bersatu hati.. Ibu.. MELOPONG...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...