Beautiful Friends

Monday, October 1, 2012

Ronda-ronda di Souk Mubarakiyah


Inilah rupanya minyak habbatus sauda tu..
Dulu mula-mula minum, ngelat jugak. Tapi bila dah biasa ni.. macam minum Red Bull atau Livita jer..

Baru-baru ni kami sempat ronda-ronda kat Souk Mubarakiyah. Rindu weiiii.. Tiga bulan dah tak berziarah ke sini. Tujuan asal nak beli minyak habbatus sauda. Stok di rumah dah habis. Elok kalau diamalkan minum habbatus sauda ni. Tapi ikut-ikut serasi masing-masing jugaklah. Ada orang tak suka sebab bau habbatus sauda ni KUAT sikit. But again, dah nama pun UBAT.. standard laa kan.

Sambil-sambil tu, sempat laa melayan rempah-rempah yang ada kat satu kedai ni. Punya laa wangi. Tapi bukan kedai potpuri ya. And jangan ditanya apa jenis and kebaikan rempah-rempah seperti dalam gambar-gambar ni. Memang tak terjawab dek Ibu. Layankan sahajalah yaaa..












Yang ini confirm bukan rempah atau ubat-ubatan tapi batu yang dia orang kat sini biasa guna masa bakar buhur. Alahhhh..kemenyan arab tu laa..

Nak ambik gambar kat sini, kena nyorok-norok (kalau di tempat awam laa). Karang ada pulak laa yang kamera kena rampas nanti. Dia orang kat sini memang sedikit "privacy" kalau bab-bab bergambar ni. Lebih-lebih lagi kalau dia orang rasa yang melibatkan kaum wanita atau tempat-tempat umum. Well, nasib-nasib laa jugak..

Ini sebenarnya mural kat dinding besar jalan nak keluar dari Souk Mubarakiyah. Kira macam sejarah dia orang dulu-dulu laa. Asal penduduk Kuwait ni nelayan sahaja. Life is so simple back then..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...