Beautiful Friends

Tuesday, October 9, 2012

Hari ini Ibu menangis..


Assalamualaikum all,

Macam "kena" jer pulak dengan first entry tu. Awal-awal pagi lagi Ibu dah menangis hari ni. Sekeras-keras hati ni.. cair jugak bila "kena" dengan keadaan dan ketikanya. I've been meaning to sell this table for months now, dah berbulan jugak Ibu letak iklan kat group Malaysian di sini nak let-go meja study ni. Alasan, nak bagi "more space" laa kununnya dalam bilik anak bujang. Tapi yang sebenarnya.. meja ni langsung tak berfungsi. Melainkan jadi tempat Arif and Haazem meletak segala benda yang akhirnya Amsyar jugak yang menjerit bila tengok atas meja dah bersepah dengan segala jenis benda. May it be buku, baju, gadgets, toys and whatsoever laa. My boys lagi suka study kat meja makan sebab kat situ ada "ayah" and ada jajan too.

Tapi adatlah, sure susah nak cari buyer. Sure semua family di sini dah lengkap serba-serbi. Then malam tadi Ibu ada dengar cerita dari Adik Ikhwan (ustaz yang mengajar anak-anak Ibu mengaji) about this new Kuwait U student. Dia ni baru saja sampai ke sini. Ikhwan kata dia ni belajar atas lantai saja sebab kemudahan asrama ada masanya "terhad".

So, Ibu pun kata ke Cik Asben, "bagi sajalah meja tu ke student tu". Without any feeling sad, happy or whatsoever.. maka meja pun berpindah tangan. Biasalah, orang hati keras. Memang tak rasa apa-apa pun.

Then pagi ni ada student request friend kat FB. Ibu biasanya kalau setakat student Malaysia, memang "terima" jer. Sekali tetiba dapat notification on time-line pulak. Memula tu macam blur jugak sebab ada gambar, ada cerita.. kena baca 2 kali baca baru faham. Then.. terus Ibu nangis.. Ibu sedih sangat bila baca cerita adik kita ni. Belajar atas lantai saja. Bukannya Ikhwan tak bagi tau, tapi.. tu laa. As seeing is so different than just hearing. Bagi adik kita ni.. alahhh.. takmo cerita lagi laa. Nanti nangis lagi..

Meja comel dah jumpa Tuan Baru..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...