Beautiful Friends

Tuesday, October 2, 2012

Gulai daging dengan terung bulat.


Berziarah ke kedai Bobby sememangnya tidak pernah menghampakan. Setiap kali berziarah ke sana, sudah pasti kami tidak pernah balik dengan tangan kosong. Dari sayur-sayuran, ulam-ulaman, durian, lempok, segala jenis jajan, air soya, air kelapa.. pendek kata.. sediakan sajalah Kuwait Dinar.

Kali ni Ibu beli terung bulat pulak. Kalau dulu Ibu terpaksa beli yang hat dari Sri Lanka tapi sekarang, Ibu lebih rela beli dari Bobby. Dah tentu puas hati. Walaupun harganya sedikit lebih dari yang hat Sri Lanka, tapi dah budak-budak ni pun suka melepak kat kedai Bobby.. nak buat macam mana kan kan kan.


Kalu dulu Cik Asben macam "liat" sikit nak makan terung yang macam ni.. tapi bila dah tinggal jauh dari Tanah Malaya, well he try to learn and adapt dengan segala rezeki yang ada. Jangan memilih sangat. Rugiiii..

Cumanya bila Ibu dah siap masak, tho dah letak serai lebih still tak ada rasa serai. Bau serai pun jauhhhhh sangat. Makanya, mulalah Ibu ber-kreatif. At last masuklah 2-3 helai daun limau purut. Barulah ada "aroma" sikit. Sebetulnya ada "hamba Allah" dalam rumah ni yang macam kurang selesa dengan bau daging. Dah tu daging fresh. Macam manalah bau tak kuat. Lainlah kalau beli daging batang pinang. Selalunya memang kurang sikitlah bau daging tu.

Nevertheless, kami still bersyukur dengan rezeki yang ada. Bila dah keluar dari kelompok "confort zone" ni, kami redha sahaja dengan pemberian-Nya. Lainlah kalau dok Malaysia.. malas-malas nak masak.. kedai makan sampai mid-nite pun banyak yang bukak lagi kan kan kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...