Habbatus sauda / jintan hitam
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak
didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak
kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa
Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk
beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu
merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah
tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah,
mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang
dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya
terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”
(HR.Bukhari, Muslim)
Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus
sauda:
1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dan sebagainya. Ppolysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati,
habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan
penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan
penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel
mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus
sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang
mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya
mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan
oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya
menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk
membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia
mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus sauda didapati berupaya
mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna
habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit
seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang
(bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam
paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dan sebagainya)
dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam
habbatus sauda menyebabkanpengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Di samping itu, habbatus sauda juga diketahui
mempunyai khasiat-khasiat seperti berikut;
- Meningkatkan kadar tenaga secara optima
- Meningkatkan ion negatif (oksigen)
- Sebagai anti radikal bebas dalam darah
- Melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat
sel sihat, mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia, melancarkan
penghasilan hormon pertumbuhan yang diperlukan untuk metabolisma sel.
- Membantu mengatasi masalah diabetis pengerasan
salur darah.
- Meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan,
ketajaman, dan daya konsentrasi mental.
- Meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
- Meningkatkan stamina dan ketahanan
- Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas
dengan pola pernafasan yang teratur.
- Mencegah pertambahan berat badan dengan
meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil
daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak.
- Meningkatkan ketahanan pada altitud tinggi dengan
paras oksigen yang rendah di udara.
- Mengatasi masalah kecing tidak lawas, kncing
tidak puas, kencing tidak tus, terpaksa meneran kuat untuk kencing, kerap
kencing, air kencing yang keluar sedikit-sedikit, kencing malam dan sebagainya.
- Memulihkan masalah jantung.
- Menurunkan paras lipid ketumpatan rendah iaitu
"kolestrol jahat" di dalam darah lalu mencegah timbunan lemak pada
salur darah yang menghalang aliran darah serta meningkatkan risiko sakit
gantung dan strok.
No comments:
Post a Comment