Assalamualaikum all,
Hari ini dalam sejarah..
Bukan selalu pun buat peil macam ni. Semalam tiba-tiba jer Azlina my lady friend yang stay kat Salmiya ajak pi pasar ikan kat Souk Sharq. Bagai pucuk dicita ikan yang dapat. Kebetulan pulak last Saturday kami tak beli ikan atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Dalam fridge ada lagi a few species yang tak berusik. Tapi, biasalah.. ada masa tetiba jer pulak nak masak yang lain. Walhal Ibu dah plan pun a week ahead benda-benda yang nak dimasak tu.
Nevertheless as I said, bukan selalu pun buat peil macam ni. Cik Asben.. ampunnnnn...
Sessi "akhir kalam".. mintak diskaun laa tu. Rugilah kalau tak try nego. Kita orang biasa terjah kedai yang biasa jer. So senang tak yah cakap banyak. Dah tau jer berapa kilo and berapa KD nak kena bayar.
Haa, tu ekor ikan duyong.
Isshhh.. mana ada pulak. Pak-pak and minah-minah Arab ni dia orang jenis malas nak makan ikan yang banyak tulang. Tu pasal dia orang suka ikan-ikan gedabak macam tu. Senang nak scan tulang.
"Madam.. clean.. yes.. clean.. "
Dialog wajib kalau mai sini. Itu pun kalau ikan besar-besar laa. Kalau setakat ikan tambam, ikan belanak.. jarang dia orang nak offer. Mana-mana yang Ibu suka tu (kalau budi-bicara manis dari orang lain), Ibu bagi laa tips sikit. Dia orang ni semua makan gaji jer. Gaji pun tak seberapa. Waktu ni laa kita nak buat amal jariah sikit. Tapi ada masa dapat ke "porter" yang cengeng tu, dia siap demand laa pulak. Amboiii.. cantik peil..
Pemandangan biasa di fish market Souk Sharq. Tu sebab hero-hero Ibu tak ngelat kalau mai sini. Tapi kalau balik Malaysia, tak ada nyer dia orang nak turun kereta. Dah tu siap tanya, "kenapa pasar kat sini tak macam pasar Kuwait?". Macam manalah Ibu nak jawab. Ada sekali, Arif nak sangat ikut pi pasar. Sebenarnya dia ada agenda nak beli cd Power Rangers (macam laa kita tak tau). Sekali sampai sana, hilang terus senyum, kelat jer muka sampai laa selesai Ibu habis beli ikan. Ever since that day, taubat dah dia nak ikut. Padan muka..
Kesian tau. Penat kita orang menjala. So lepas penat bekerja keras, its time to be rewarded. Macam ni punya reward, tiap hari pun Ibu sanggup. Ina nyer ajaranlah ni. Tapi dah kerana dia tu tengah nak melepaskan "mengidam" yang macam-macam, Ibu ikutkan sajalah. Cisss.. ayat skima laa kunun. Well, inilah pembuka bicara kita orang. Tak boleh makan banyak. Rugi.. macam-macam lagi nak kena makan ni.
Cozy huh..
Dah tu pi melepak time orang pi kerja. Tapi kejap lepas tu ramai laa umat Muhammad yang melepak kat sini. Dia orang ni mana reti nak makan kat rumah.. duit berkepok. Rugi tak pi perabis. Lagi pun ni kira status kedai kopi or kedai mamak dia orang di sini. Lepas makan minum kat sini, dia orang pi lak shopping kat depan tu ke.. kat atas ke.. dah la musim sale ni.
Mak Buyong ordered this latte. Kalau Ibu, memang tak boleh masuk laa. Kalau tak sakit kepala.. sure lepas tu keluar balik. Tak rasa rugi pun. Banyak lagi yang boleh diminum. Tho' the temptation seems so hard to resist.. tapi dari sakit kepala.. baik jangan cari pasal.
Mak Buyong ordered this too. Ntah apa ke nama.. something "devil" ke hapa. Tapi memang banyak "syiok" woo. Melekit jer bila masuk mulut. Itu pun tak habis makan 2 orang. Ina tu setakat nak merasa jer. Lepas tu semua dia pass kat Ibu. Again, Ibu kalau bab-bab coklet ni tak boleh makan banyak sebab tendency yang dimakan tu keluar balik.. is very high. Cik Asben memang dah faham sangat la. Nak buek camano.. sojak lahir dah macam tu.
Mak Buyong yang shy-shy cat kekdah nyer.
Bagus laa muda-muda dah menambah umat Muhammad. Nanti dah masuk umur "retire" anak-anak semua dah settle. Btw, Madam Azlina ni dah ada sepasang.. Rayyan and Ilhan. Subhanallah, punya laa comel. Especially the girl. Sebijik photocopy muka mama dia.
Jeng.. jeng.. jeng..
Ini Ibu punya portion. Tak yah tergoda laa. Telur dadar dengan isi ayam belanda jer. Tapi sebab presentation plus alien-alien lain yang berselirat tu, nampak naik seri laa jugak. Tapi tho setakat telur goreng, kenyang sampai ke petang jugak. Telur jer dah comfirm 5-6 biji sekali masak tu. Belum lagi roti kejung, ubi manis and salat tu lagi. Ideal and balance diet laa kunun. Petang tu jam 5pm, merapu carik nasi jugak Ibu.
Kan dah kata ini sessi lepas hajat.
Mak Buyong ordered for this too. Then bila tak habis dia suruh Ibu tapau bawak balik pulak. Kunun Amsyar boleh tolong perabih. Memang berkat pun. Tapi lepas tu, mencarik nasi jugak si Amsyar. Mana cukup lunch makan pancake jer. Nasib baik Ibu dah siap-siap masak nasik and lauk segala. Bujang Sulong tu kalau perut tak berat, memang berat laa nak buat yang lain. Isshhh..
Kalau ada sesapa yang bertandang ke Kuwait, meh la layan tekak kat sini. Those the above semua menu untuk breakfast. Dia orang serve until 1 pm. Keseluruhan, okey laa. Tapi tak boleh selalu.. KD keluar macam air terjun tu..
Then malam tu.. kami kenduri terubuk bakar laa pulak. Hasil tangkapan Ibu kat pasar Souk Sharq. Tapi kesian ke Cik Asben tak dapat nak concentrate makan sebab time dinner tu laa pulak bertubi-tubi kerja masuk. Tak dapat nak enjoy. So since masih ada dua ekor dalam fridge.. insya'Allah malam ni kami buat sessi ulang tayang terubuk bakar lagi.
Sekian. Chiawww..
No comments:
Post a Comment