Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya mampu membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.
Bagi
masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas
bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala
masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah,
menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit
digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Beberapa
kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan
mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak
jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan
sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh
membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan
pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau
kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk
merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam
Manakala
dipandang dari sudut saintifik pula, kunyit diyakini baik sebagai;
-
Agen antiseptik dan antibakeria semulajadi yang sangat berguna dalam pembasian
luka serta kesan terbakar.
-
Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia terbukti dapat mencegah kanser
prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.
-
Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.
-
Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.
-
Dapat menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheumer dengan
menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
-
Boleh mencegah daripada berlaku pelbagai bentuk kanser yang berbeza jenisnya.
-
Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
-
Boleh membantu dalam metabolisma lemak dan membantu dalam penurunan berat
badan.
-
Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan
kerana ciri-ciri anti-radang, ia adalah satu rawatan semulajadi untuk artritis
dan artritis reumatoid.
-
Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel serta mengurangkan kesan
sampingan.
-
Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.
-
Menghentikan pertumbuhan saluran darah beku di dalam tumor barah.
-
Sangat pantas dalam penyembuhan luka-luka serta membantu dalam pembentukan
semula kulit yang rosak.
-
Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain-lain keadaan kulit radang.
Saya pasti cubam syukur pertemuan di blog dengan kuasa Allah
ReplyDeleteSemoga ilmu yg dipanjangkan ini memberikan barakah.
ReplyDeleteAssalamualaikum. ..terima kasih, ilmu yg bermanfaat. .saya sedang blogwalking..jemput ke blog saya pula ye...www.allnutrition4life.blogspot.com
ReplyDeleteAssalamualaykum,kunyit sememangnya bermanfaat kalau kena caranya,sila keblog saya untuk mengetahui kaedah pengunaan kunyit dalam melawan kanser,InsyaaAllah http://www.klinikkeputihan.blogspot.com
ReplyDelete