Tidak
selalu orang menangis dengan mengeluarkan air mata namun air mata amat sinonim
dengan kesedihan. Menitikkan air mata ternyata bukan hanya sekadar sebagai
ungkapan emosi dan perasaan. Tangisan juga sebagai petanda anda sedang bahagia
atau sedih. Namun, sesungguhnya, tak perlu malu dan tak perlu menahan keluarnya
air mata. Sebab, bukan hanya sekadar menenangkan hati, menangis juga mempunyai
manfaat sebagai terapi.
Menangis juga kerana;
1- kasih sayang dan kelembutan
hati.
2- rasa takut.
3- rasa cinta.
4- rasa gembira.
5- menghadapi penderitaan.
6- terlalu sedih.
7- terasa hina dan lemah.
8- terikut-ikut orang lain
menangis.
9- untuk mendapatkan belas
kasihan dari orang lain.
10- hanya kerana berpura-pura
menangis.
Seorang
ahli psikologi seperti dipetik daripada halaman Times of India, 22 April 2012
mengesyorkan bahawa seorang harus menangis ketika mereka merasa ingin menangis.
Janaganlah anda menahan air mata itu daripada keluar kerana menangis ada
manfaatnya untuk anda. Jom kita lihat apakah kebaikan menangis.
1.
Membantu penglihatan
Air mata
ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri.
Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang
boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2.
Membunuh bakteria
Tak perlu
ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam
air mata terkandung cairan yang disebut dengan “lisozom” yang dapat membunuh
sekitar 90-95% bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer,
pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya
dalam 5 minit.
3.
Meningkatkan mood
Seseorang
yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood
seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis
kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam
meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata
yang dihasilkan daripada iritasi mata.
4.
Mengeluarkan racun
Seorang
ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata
dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi
ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata
yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan
mengeluarkannya melalui mata.
Alasan
yang paling penting, mengapa menangis itu perlu. Air mata yang keluar semasa
menangis boleh membuat mata lebih segar. Air mata melumasi bola mata dan
kelopak mata dan juga mencegah dehidrasi pada membran mukosa.
5.
Mengurangkan stress
Bagaimana
menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon
stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin
dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan
penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
Perkara
ini diyakini bahawa menangis dapat menurunkan tingkat emosi seseorang. Air mata
yang tidak dikeluarkan justeru boleh menimbulkan kecemasan, kegelisahan, lekas
marah, keletihan, pencerobohan, gangguan emosional, dan seluruh perasaan yang hidup
dalam diri anda.
6.
Membangun komuniti
Selain
baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang
membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah
menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan
sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga
bersosialisasi seseorang.
7.
Melegakan perasaan
Semua
orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam
masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Menangis
bagi kaum wanita bolehlah disifatkan bagaikan terapi bagi mereka, boleh
menurunkan kecemasan dan kecewa. Menangis boleh membersihkan semua fikiran anda
dan dianggap sangat sihat juga mampu mencipta perasaan lebih santai. Jadi,
biarkan perasaan sedih dan tertekan diluahkan dengan tangisan.
Setelah
menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu,
menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.
No comments:
Post a Comment