Beautiful Friends

Thursday, October 4, 2012

7 tips.. mudah ingat dan mudah faham..


Lepas baca.. lupa..
Lepas baca.. lupa lagi..
Belajar.. tak faham..
Lepas belajar.. masih tak faham lagi..
Apa kata try pulak 7 tips agar tidak mudah lupa dan mudah faham topik yang guru ajar..

p/s; Ibu dah try kat Bujang Sulong.. alhamdulillah, memang ada hasil..

Abaikan semua yang lain.
Apabila cikgu mula mengajar sahaja, hentikan semua perkara yang lain. Berhenti mencari buku, berhenti mengasah pensil, berhenti menyuruh orang diam dan berhenti dari melakukan apa-apa yang lain selain daripada memberi 100% tumpuan kepada penerangan guru. Ini adalah RAHSIA yang paling besar jika mahu mencari pelajar yang cemerlang.

Teka, apa cikgu mahu ajar.
Sebelum guru mahu mengajar sesuatu topik, tanya di dalam minda kita;
Topik hari ini berkenaan apa?
Apakah yang penting di dalam topik ini?
Topik ini ada kaitan atau tidak dengan topik sebelum ini?
Lebih banyak soalan di dalam minda kita. LEBIH BAGUS.

Conteng kertas kosong.
Semasa guru mengajar, jika ada soalan keluar di dalam minda kita mengenai apa yang kita tidak faham, conteng di atas kertas kosong. Apa yang faham semasa guru mengajar, contengkan juga.

Bayangkan apa yang guru sedang ajar.
Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa yang guru sedang ajar, kita akan terbayangkan perkara yang lain pula. Membayangkan perkara selain daripada apa yang guru sedang ajar inilah yang dinamakan berangan-angan atau khayal di dalam kelas.
Bayangkan dapat melihat apa yang guru sedang terangkan dan apa yang guru sedang ceritakan.

Cepat-cepat buat latihan.
Soalan-soalan daripada latihan boleh menentukan sama ada kita faham atau tidak. Lebih banyak kita faham, lebih banyak kita akan INGAT. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab atau kita tidak faham, tuliskan soalan di atas kertas untuk ditanyakan kepada guru kita.

Minta bantuan guru setelah mencuba.
Ada pelajar bertanya kepada guru sebelum dia cuba menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan mudah lupa. Buat dahulu, fikir dahulu dengan bersungguh-sungguh, kemudian baru bertanya.

Baca semula apa yang cikgu ajar sebelum 48 jam.
Kajian saintis mengatakan bahawa jika pelajar belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari. Cara mengatasinya ialah selepas belajar satu topik baru, sebelum 2 hari berakhir, baca semula atau ulangkaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti tidak mudah lupa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...