Assalamualaikum all,
Inilah bahananya kalau makan tak serentak. Ayah bersarapan jam 10pagi. Anak-anak pulak sarapan jam 11.30pagi. Heavy metal pulak tu. Then by the time Ibu lapar, yang lain-lain semua masih dok pakat kenyang. At last, selepas solat asar baru nak lunch. Itu pun 3.30pm baru sampai kedai makan. Pot pet pot pet, jam 4.15pm baru makanan sampai. So since semua "double" lapar.. makanya portion pun terpaksa lebih dari biasa. And akhirnya, semua skip makan malam. Tapi dah perut jenis perut Melayu, nasik jugak yang dicari. Makanya seawal jam 8am kami makan nasik berlaukan daging goreng kunyit pagi ni. Anak-anak since hari ni sekolah, breakfast macam biasa sajalah. Mujur jugak daging dan eksesori lain semua dah siap sedia sejak malam tadi. Cuma yang tak disangka, nasik jugak yang dicari pagi ni. Otherwise, yang ringan-ringan saja. Cik Asben jaga perut kekdahnya..
Okey, kalau ada yang berhajat dengan resepi.. ada di bawah ya..
Bahan-bahannya ;
Daging
(anggaran dalam 500gram)
* Dihiris
nipis
Serbuk
kunyit
Cili
api secukup pedas dan dipotong
serong
Sebiji
bawang besar dan dihiris
kasar
Kacang panjang dipotong-potong (ikut suka)
Cara-caranya;
1- Lumurkan
daging dengan serbuk kunyit serta perasakan dengan sedikit garam.
2- Kemudian,
digoreng kering tanpa menggunakan minyak untuk mengeringkan airnya.
3- Apabila
air daging telah kering, masukkan sedikit minyak.
4- Kacau
serata.
5- Setelah itu masukkan cili api dan bawang dan kacang panjang.
6- Gorengkan
sekejap.
7- Jika
masih kurang masin, perasakan dengan sedikit garam.
8-Setel..
No comments:
Post a Comment