Beautiful Friends

Thursday, October 4, 2012

Tomyam & Domino Pizza..

Musim panas masih belum menampakkan perubahan, sebaliknya cuaca di luar masih cerah berbahang hingga cecah 40C. Waktu tu jugaklah Ibu kena jemput Haazem and Arif balik dari sekolah. Nak pakai payung.. err.. malaslah pulak. Solution, jalan sajalah selaju yang mungkin. Yang paling kesihan, pada anak-anak kecik laa. No wonder kerajaan Kuwait bagi break during summer June to September. Sebab time tu memang peak-season. Mau cecah sampai 50-56C. Kalau yang dewasa pun boleh demam, inikan pulak laa anak-anak.

Hari ini pun tak ada beza, panas sampai nak bukak mata pun sakit. Ibu yang tinggal hanya 5-10minutes walk dari sekolah ni pun "bercinta" tiap hari nak meredah "panas" ni. Tapi, dah tanggungjawab kan kan kan.

Mujur building ni aircorn-centralised. So the moment sampai jer kat lobby.. alahai.. syukur.. But before tu, Haazem and Arif nak layan diri dulu ke bakala. Jarang sekali budak berdua ni nak simpan baki duit belanja. Selagi ada, selagi tu la nak pi perabih. Unlike Amsyar, dia prefer simpan duit.

Example.. Haazem and Arif asked for Domino Pizza for lunch. Dia orang dok kumpul baki duit belanja sekolah plus.. mintak Ibu contribute jugak laa sikit. Mujur dekat jer Domino Pizza tu, just  2 blocks away from our house sahaja. While Amsyar pulak, awal-awal dah mintak Ibu masakkan tomyam and telur mata for his lunch. Pada dia, makan nasik lagi puas hati. Or else dia akan tetap mintak nasi after few hours of makan lain such as Meggi, Subway, Great Steak or even Domino Pizza. Perut orang Melayu laa katakan.

Segala harta karun yang Ibu jumpa dalam perut fridge, semua masuk.. ada aku kisah..

Jika ada yang berhajat dengan resepi sempoi kuah tomyam ini;

* Tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit halia sehingga naik bau
* Setelah itu, masukkan pulak air dan biarkan sehingga mendidih
* Kemudian masukkan serai yang telah dititik dalam 2-3 batang serta daun limau purut yang telah dibuang tulangnya
* Jangan lupa masukkan jugak 2 peket pes tomyam (hat Abadi)
- anda boleh gunakan sebarang pes atau kiub tomyam mengikut kesukaan masing-masing
* Setelah kuah masak, masukkanlah sebarang harta karun yang disukai ie. udang, sausage, sotong ball, meat ball, cendawan, pepper, carrot dll.
* Apabila semua telah hampir masak/lembut, perasaan dengan garam
* Beressss..

Buy 1 free 1.. 
2 kotak senang-senang sahaja Haazem and Arif habiskan.. tinggal sekeping tu jer la.. adat laa orang Melayu. 
Yang last memang liat nak habis..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...