Beautiful Friends

Monday, October 22, 2012

Sup tulang.. mihun sup..


Assalamualaikum all,

Di sini tengah musim mengganti puasa as well as ada jugak yang buat puasa sunat sempena bulan Zulhijjah. Ibu.. 2-2 pun ya jugak. Seboleh-bolehnya sebelum Eidul Adha nak kasi habis. Ini pun dah lewat sebab banyak sangat distraction. Dah ganti puasa, senang nak buat kira-kira yang lain pulak.

BTW, do you know that;

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).

Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
 
Anyhow, petang semalam Ibu masak sup tulang. Nak masak sup tulang ni memang leceh sikit sebab lama nak kena tunggu. Nak cepat, ikut cara my mom la.. guna pressure cooker. 15 minit, siap. Tapi since that Ibu guna dapaur elektrik dan sewa rumah pun sekali dengan elektrik.. masak cara biasa sajalah. Letak jer atas dapur.. settle.
 
Cuma semalam rasa tak nak makan nasi laa pulak.. apa lagi, Ibu pun rebus mihun then masuk dalam kuah sup. Beresss...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...