Beautiful Friends

Thursday, October 25, 2012

Kari ikan bawal.. jom sahur.


Assalamualaikum all,

Esok cuti. Anak-anak dah pakat nak "berjaga" sampai suboh. Ye laa tu..

Insya'Allah kami empat beranak nak berpuasa sunat sempena hari wukuf di Arafah. Sementara nak menunggu waktu bersahur tu, Amsyar and Haazem dah pilih dvd yang dia orang nak tengok. Yang tak tahan tu lepas satu dvd, satu lagi dvd dia orang bukak. Sampaikan kita nak layan syok sendiri pun tak boleh. Suruh bukak kat dalam bilik sendiri, tak nak pulak dia orang. Kunun, sound system tak best. Tak berdengung macam layan tengok wayang.

Walhal yang sebenarnya, masing-masing penakut yang teramat-amat. Alahai anak-anak oii.. rumah comel macam ni pun nak takut. Amsyar tu dah kurang laa jugak tapi Haazem tu punyalah kuat ngelat. Sampaikan nak buang air pun mintak Arif tolong temankan. Aduhaii.. anak jantan pulak tu. 

Dah alang anak-anak nak bersahur sama, terpaksalah masak extra sikit. Kalau setakat Ibu and Cik Asben air panas dan kurma tiga biji dah cukup. So akibatnya tengah-tengah malam Ibu masak kari. 

Kari version Ibu memang cukup simple. Kalau ada yang berhajat, resepi ada di bawah.

Bahan-bahan;
Ikan bawal - digoreng sedikit terlebih dahulu - ketepikan
5-6 sudu makan pes cili boh
3-4 sudu makan serbuk kari daging Babas
(Ibu jarang guna serbuk kari ikan sebab rasa macam masam sikit)
2 tangkai daun kari
* Sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
(Semua bahan * dikisar halus)
1 tin santan pekat
2 keping asam keping

Sidekicks;
Tomato, kacang bende etc..

Cara-caranya;
1- Tumis bahan kisar dan daun kari sehingga naik bau.
2- Masukkan pes cili boh dan serbuk kari dan kacau sehingga terbit minyak.
3- Setelah itu, masukkan santan, asam keping dan sedikit air.
4- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan.
(Ikan tidak perlu dimasak lama sebab telah digoreng terlebih dahulu)
5- Masukkan sidekicks dan perasakan dengan garam.
6- Beres..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...