Apakah
terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa di dalam bulan Rejab?
Sheikh
Atiyah Al-Saqr - Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar
Kebanyakkan fadilat Rejab - Hadis yang sangat Lemah serta Palsu.
Kebanyakkan fadilat Rejab - Hadis yang sangat Lemah serta Palsu.
"Allah swt memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yang qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta ke atas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, di mana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."
Barang siapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yang berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yang berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yang berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yang mudah.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak
disahkan hadis ini kerana rawi yang bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yang bernama Amar bin Al-Azhar yang sangat suka memalsukan hadis.
*Selain dari itu ada rawi yang bernama Amar bin Al-Azhar yang sangat suka memalsukan hadis.
Ibnu hajar lebih cederung menegahnya antaranya :
1- Mengkhaskan puasa secara tahunan.
2-
Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai
sunat yg kekal.
3-
Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yang lainnya. Tidak terdapat
fadilat berpuasa di dalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya.
Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab :
"Berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul dan mustahab, ke atas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah.
Beliau
berpuasa dan berbuka di setiap bulan, seperti riwayat mengatakan :
(Beliau
berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga
kami mengatakan beliau tidak berpuasa)
(Riwayat
Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Kesimpulan
Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yang tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.
Tidak ada fadilat KHAS yang ditujukan pada bulan Rejab, yang ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yang lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. (Imam Al-Sya'rawi)
Kaedah berpuasa di bulan haram ialah :
1- hari 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Sheikh Abdul Aziz bin Bazz)
2- hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
3-
bulan Rejab dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
4- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram (Syed Sabiq)
Tidak boleh HANYA berpuasa di bulan Rejab sahaja, di mana 3 bulan-bulan yang Haram yang lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)
Tidak ada dalil yang mengatakan bahawa menziarah kubur di dalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yang MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).
No comments:
Post a Comment