Beautiful Friends

Thursday, June 21, 2012

Kuey Tiaw Sup - Penutup Dapur Ibu


Ello all,

Makan tetap makan. Dah tu kalau nak makan kenalah masak pulak kan kan kan.. Dalam bermarathon nak menyemak check-list, perut pulak minta diisi. Sup ayam penyelamat keadaan. Boleh dimakan dengan pelbagai cara.

Me, Cik Asben and Amsyar : Kuey tiaw
Haazem : Steam rice
Arif : Nasi impit

Sup ayam mudah.. rasanya tak perlulah Ibu share resepi dengan detail sebab rasanya semua dah pandai lagi arif belaka. 

Anway, untuk sup ayam ini, Ibu cuma tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit halia. Kemudian masukkan air. Selepas itu masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam masak/lembut kemudian perasakan dengan garam. Manakala sayur, Ibu lebih suka rebus berasingan. Sayang jika sayur tak habis, rosak rasa sup dan warnanya.

Jika suka bolehlah dimasukkan sedikit lada hitam untuk menambah aroma serta rasa. Sebaiknya dititik sedikit.

Selamat menjamu mata.. chiaw..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...