Beautiful Friends

Wednesday, June 13, 2012

Menggulai laei, oghang N9 wajib makan lauk podeh.


Ello all,

Kencing kotor? Elok sangat laa kalau makan lauk-pauk yang ada dicampurkan dengan peria sekali. Contohnya, seperti gulai udang dengan peria. Otherwise, minum je air  kosong banyak-banyak. Tapi it doesn't works with me. Ibu kalau air tak manis, tak sah. So, solution.. makan laa peria. Peria di sini pun tak pahit mana sangat pun. Amsyar pun boleh layan, so kira okey la tu. Memang tak pahit sangat la tu.

BTW, ada orang tanya kenapa Ibu suka sangat masak lauk-lauk macam ni.

Jawapan;

1- Santan dah dalam tin, tak payah nak perah lagi.
2- Cili pun bukan kena petik kat pokok, ambik je dalam fridge.. masuk blender.. settle.
3- Kunyit, bukan kuning pun jari. Guna kunyit serbuk. Adjust je nak kuning mana.
4- Other than that.. sebab Ibu orang Negeri 9, so memang wajib makan pedas-pedas macam ni.

Bosan?? I will never and ever get bored of anything that so authentic like this. Kalau bukan kita yang nak berbangga dengan warisan budaya turun-temurun kita, siapa lagi kan. Kalau keluarga lain berbangga dengan masakan "antarabangsa" nye, terpulang la kan. Kami sekeluarga tetap dengan tekak dan perut Melayu. Tak sah rasanya kalau sehari tak menjamah nasi. 

Jika ada yang berkata Ibu tidak versatile, tinggal di negara orang tetapi masih terikat dengan "selera kampung", well sebenarnya merekalah yang rugi. Jika kita sendiri malu hendak berbangga dengan resepi nenek moyang kita, jangan terkejut jika lambat laun anak-anak sudah mulai lupa dengan belacan, budu, cencaluk dan tempoyak yang kononnya BUSUK. 

Pada Ibu, jika sekadar hendak bertukar selera.. banyak sahaja restauran yang menawarkan pelbagai rasa. Tepuk dada tanya selera dan perut. Kalau orang lain berebut nak makan roti yang kononnya senang disediakan atau pasta yang tak perlu ditumis.. dipersilakan. As far as I am concerned.. ADA AKU KISAH??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...