Beautiful Friends

Saturday, June 23, 2012

Ketuat ohhhhh.. ketuat.



Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat. 

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.

Salap asid salisilik
Podophyllin
Interferon & asid trichloracetic (TCA)
Terapi cryo
Pembedahan membuang ketuat 

Di samping itu, juga terdapat cara membuang ketuat secara tradisional.

1- Ambil seulas bawang putih sederhana besarnya dan hiris ditengahnya kemudian gosokkan di tempat tumbuhnya ketuat. Digosokkan sehingga keluar darah dan jangan berhenti sehinggahlah ia tertanggal. InsyaAllah, ketuat itu tertanggal sekali dengan akarnya dan ia tidak akan tumbuh semula.

2- Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.

3- Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.

4- Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.

5- Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

6- Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.Kalau tumbuh pun di tempat lain.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...