Ello all,
Alhamdulillah.. kami baru sahaja selesai makan tengah hari. So sekarang ni kira waktu "senggang" la. Tau tak makna "senggang" tu? Tak tahu pi kelebek kamus dwi-bahasa. Tak pun, gugel je. Tapi mintak ampun mintak maaf la.. anak-anak Ibu memang perbendaharaan kata memang terhad. Ada masa kelakar bila dengar dia orang ni bersembang. Tapi ada masa, kasihan jugak. In case kena balik Tanah Malaya for good, mau rasanya Ibu hantar kelas khas untuk belajar Bahasa Malaysia. I mean "Bahasa Malaysia" bukan bahasa melayu rojak tau.
Kami di sini pun, bukan selamanya nak keja dan dok sini. One fine day, kena balik Tanah Malaya jugak. Kami tak berharap dan tak pernah bermimpi untuk kekal terus di sini. Tapi jika sudah ditakdirkan jasad kami berkubur di sini, kami redha'. Alahai.. jiwang karat la pulak.
Okey, cerita pasal lauk hari ni. Sebetulnya malam tadi masa menziarah kedai Bobby nampak 2 tray kacang botol. Terus Ibu borong both trays. 1 untuk Ibu and 1 untuk Cik Ija. Nak buat ulam sahaja, banyak sangat so, separuh tu Ibu goreng pedas sahajalah.
Okey, kalau nak tau Ibu goreng macam mana.. jom tengok resepi mudah ni.
Bahan-bahan;
Kacang botol - anggaran dalam 250grams
Sedikit udang saiz sederhana
* Cili api secukup pedas
* 4 ulas bawang putih
Sebiji bawang besar
Cara-caranya;
1- Kacang botol dipotong serong. Bersihkan dan toskan, ketepikan.
2- Bersihkan dan cuci udang. Toskan dan ketepikan. Memandangkan udang Ibu besar so Ibu belah dua.
3- Bawang besar dimayang sedikit kasar.
4- Bahan * ditumbuk sedikit. Ditumis hingga naik bau.
5- Kemudian masukkan udang dan goreng sebentar.
6- Setelah udang masak, masukkan kacang botol dan bawang yang dimayang tadi.
7- Perasakan dengan garam.
8- Beres..
Batu lesung bawak dari kampung..
Sesekali menumbuk cili, lenguh jugak tangan..
My happy thought for today..
No comments:
Post a Comment