1.
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah
saw mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan
Mika’il. Hati Baginda saw dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam
(‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan
hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah saw. Setelah itu, dadanya
dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai
pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh
Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa) :
Sepanjang
perjalanan (israk) itu Rasulullah saw diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail
dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan
bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
-
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
-
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah.
-
Baitul-Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan).
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw menghadapi gangguan jin Afrit dengan
api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Antaranya :
Kaum
yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai,
hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini
berlaku berulang-ulang. Rasulullah saw diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum
yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali
ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat
yang berbau harum. Rasulullah saw diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur
Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh
oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun
sebagai Tuhan).
Sekumpulan
orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala
mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka
untuk sujud (sembahyang).
Sekumpulan
orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari
neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan
zakat harta mereka.
Satu
kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging
masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri/suami.
Lelaki
yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah
orang yang makan riba’.
Lelaki
yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah
lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah
tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu
kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu
yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum
yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:
Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah
(mencela, menghinakan) orang.
Seekor
lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur).
Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
Seorang
perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang
perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah
saw tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya
sampai ke tua.
Seorang
perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata
Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya
di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid
dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’ dan mursalin menjadi
makmum.
Rasulullah
saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu.
Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan
yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi
sesat.
3.
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah) :
Didatangkan
Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw dan Jibrail naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit
Pertama: Rasulullah saw dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa
dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan
harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat
huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Langit
Kedua: Nabi saw dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi ‘Isa a.s dan Nabi Yahya a.s.
Langit
Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
Langit
Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris a.s.
Langit
Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun a.s yang
dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit
Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan
Nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat
melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk
syurga tanpa hisab.
Langit
Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu
dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi
oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, Nabi Ibrahim a.s bersabda,
“Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat
dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam
tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat
lain, Nabi Irahim a.s bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu
mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima
kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR
dan WA LA HAULA WA LAH QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang
membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah
melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
Tangga
Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah saw menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:
Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah.
Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi
permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan
itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah saw dapat menyaksikan pula
sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke
syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Tangga
Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah
saw masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat
melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia
yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan
tidak memaki ibu bapanya.
Rabbul-Arbab
lalu dapat menyaksikan Allah swt dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian
berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah
swt : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah saw : Angkatlah kepalamu dan
bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil
Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau
berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat
melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau
kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia,
syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia
dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah swt : aku ambilmu sebagai
kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada
umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik
umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku
kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam,
hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji
Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku
fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4.
Selesai munajat, Rasulullah saw di bawa menemui Nabi Ibrahim a.s kemudian Nabi
Musa a.s yang kemudiannya menyuruh Rasulullah saw merayu kepada Allah swt agar
diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan
kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
5.
Selepas Mikraj
Rasulullah
saw turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu
menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya
menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada
satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18
bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber
: Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya
sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang.
Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa
tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak
baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh
yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa
mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya
peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai
kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam
(apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di
zaman Nabi Muhammad saw langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan
Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa
Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau
kekuasaan Allah swt. Allah swt telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan
kebesaran-Nya kepada Baginda Nabi Muhammad saw.
Mafhum
Firman Allah swt : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada
suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com
No comments:
Post a Comment