Ello all,
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak main supplier untuk sayur-sayur dan segala jenis jajan di rumah ni.. Bolehh??
Last night sempat laa pergi menziarah Bobby di kedainya. Itu pun setelah kami selesai makan malam di Restauran Pattaya. Biasanya segala "order" akan di-deliver before jam 12malam ke rumah Ibu. But since its gonna be the last week before we hit for Malaysia next Thursday, so lebih manis jika kami sendiri yang mengambil barang-barang kiriman. Lagi pun tak banyak sangat yang perlu dibeli. Dapur Ibu pun dah mula "cool" down ni. Lantaran hampir setiap malam kami dinner di luar.
Mujur jugak barang-barang di kedai beliau banyak yang telah dihantar kepada para pelanggan. Otherwise, nak melangkah pun tak boleh.
Dan bagi menyampaikan hajat rakan-rakan yang ingin melihat keadaan kedai beliau (tu hari ada orang request), meh sini kita share tengok ya. Bagi menghormati permintaan Bobby, gambar-gambar tidak dapat disiarkan di FB sebab ada "momok" suka skodeng.
Peria, bunga turi, petai, betik muda..
Sangat "familiar" kan.. nasib baik dah nak balik.. kalau tak, nak je terus memborong.. macam-macam boleh masak ni..
Walaupun "shipment" untuk minggu ini baru sahaja sampai kurang dari 4 jam, tapi cuma ini sahaja yang tinggal. Laku betullah sayur-sayur di kedai minah ni.
Pada yang malas nak buat "cili boh", boleh je beli yang hat instant.. podeh menyinga ni..
The "jajan" section, time demam bola ni cepat je kering barang-barang kat section ni.
Lengkuas.. di sini ada masa memang susah nak dapat hat segar. Semua dah kecut. Tambah pulak bila dah masuk musim panas ni.. haisshhhh...
Aside from selling it directly to regular customer, she also provides goods to hotels, Asian restaurants and other major fresh food suppliers. Kayo mokcik nih..
- Tuan Rumah -
Okey, abis sudahhhhh.. Ibu nak prepare tapau lunch Cik Asben pulak. Sambil-sambil tu jom kita ambik happy mood sambil dengar lagu Tamer Hosny lagi. Pssttt, karang ada pulak komplen kata Ibu ni kurang sifat Melayu sebab asyik post lagu NON-Malay jer..
No comments:
Post a Comment