Beautiful Friends

Tuesday, June 5, 2012

Gulai udang dengan kacang buncis.


Assalamualaikum all,

Baru nak rehat sekejap.

Anak-anak semua layan hal masing-masing. Haazem and Arif already on their summer school holiday. So, apa lagi kalau tak melayan gadget masing-masing. Whereas Amsyar layan mata sekejap. Kejap lagi dah nak kena bangun semula untuk start buat homework and revision for monthly test. Kasihan ke dia sebab masih bersekolah. Adik-adik pulak asyik dok kacau dengan PSP, PS2, I-pod and segala jenis games. Dugaaannnn...

Hari ni menyampaikan hajat ketiga-tiga anak bujang di rumah ni. Dua orang nak lauk "udang", while Arif requested for kacang buncis. End result, gulai udang dengan kacang buncis. 

Resepi campak-campak je ni. Mujur jugak Haazem dah nak mula makan masakan yang pedas. Alhamdulillah, semua makan dengan senyum sampai tersandar kekenyangan.

Okey, jom semak resepi.

Bahan-bahan;
- Udang saiz sederhana
- Secekak kacang buncis yang dipotong serong
- Cili api secukup pedas
- Serbuk kunyit
- Santan pekat 1 tin
- Sedikit air

Cara-cara memasaknya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
2- Masukkan dalam bekas yang sesuai untuk menggulai, masukkan juga santan pekat serta sedikit air.
3- Masukkan sedikit serbuk kunyit.
4- Kacau selalu agar kuah tidak meruap.
5- Apabila telah mendidih, masukkan udang.
6- Jika udang telah masak, masukkan pula kacang buncis.
7- Kacau sekejap dan perasakan dengan garam.
8- Selesai sudah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...