Beautiful Friends

Monday, June 4, 2012

Petua rawat sembelit.


Ello all, 

Mungkin ada di antara kita menghadapi masalah "sembelit". Well, Ibu pun sebenarnya memang mempunyai masalah ini. Bosan asyik nak kena makan ubat-ubat farmasi, Ibu try gugel.. manalah tau kan. Kalau ada terjumpa apa-apa petua yang boleh dicuba pulak. Rupa-rupanya banyak cara dan kaedah tradisional untuk mengatasi masalah ini, tapi cukuplah jika Ibu senaraikan beberapa petua sahaja di sini.

Sebelum itu, kita kena kenalasti jugak punca sembelit ini. Mudah-mudahan jika dah tau puncanya, senanglah pulak untuk mengatasinya. Insya'Allah.. 

Antara punca-punca sembelit;
1- Diet rendah fiber.
2- Kekurangan bendalir dalam badan.
3- Corak permakanan yang berubah.
4- Ubat-ubatan.
5- Kekurangan senaman.
6- Perubahan fisiologi badan seperti penuaan dan mengandung.
7- Penyalahgunaan ubat julap.
8- Selalu menahan diri daripada membuang air besar.

Antara cara-cara yang disarankan untuk mengatasi masalah sembelit;

1- Makan buah pisang atau betik selalu.

2- Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

3- Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

4- Sembelit yang tidak disebabkan oleh penyakit boleh diubati dengan ubat-ubat OTC (over the counter) yang boleh didapati di farmasi dan tidak memerlukan preskripsi doktor, ubah cara pemakanan dan kehidupan.

5- Tingkatkan pengambilan fiber dalam makanan (20 hingga 35 grams setiap hari). Ini boleh membantu melembutkan najis disamping menormalkan pergerakan usus yang sekaligus dapat mengembalikannya kepad normal. Makanan yang tinggi fiber adalah seperti sayur-sayuran, cereals, oats dan buah-buahan. Pengambilan makanan tinggi fiber ini perlu berperingkat-peringkat untuk mengelakkan kembung perut dan kentut. Paling penting. Pengambilan fiber ni harus disertakan dengan meminum air yang banyak.

6- Ubah cara hidup boleh merawat dan mencegah sembelit. Minum air dengan banyak dan bendalir lain sebagai contoh: Jus buah-buahan, Sup, buah-buahan dan Jus sayur-sayuran.

7- Senaman yang tetap boleh mengembalikan pergerakan usus yang normal. Bagi pesakit yang selalu terbaring dan duduk diatas kerusi tolak, mengubahkan posisi badan secara kerap juga amat penting untuk mengaktifkan pergerakan usus.

8- Penggunaan julap ataupun enema tidak digalakkan untuk sembelit yang sederhana tahap keseriusannya. Julap dan enema hanya digalakkan kepada mereka yang dah cuba buat 3 cara di atas tetapi tiada perubahan. Julap (laxative) digunakan untuk merawat sembelit. Boleh didapati dalam bentuk tablet, sirup dan capsule. Penggunaan julap yang bersesuaian haruslah mendapat nasihat dan bimbingan doktor atau ahli farmasi.


1 comment:

  1. Tips yang berguna untuk merawat sembelit. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan ubat dan vitamin yang kita makan kerana kesan sampingan ubat dan makanan tambahan juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya ialah ubat antacid (untuk rawatan gastrik), ubat narkotik (mengandungi morfin) yang digunakan sebagai ubat tahan sakit dan vitamin zat besi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...