Beautiful Friends

Saturday, June 2, 2012

Majlis Sambutan Hari Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong, 2 Jun 2012



Assalamualaikum all,

Bak kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Begitu jugalah pada kami yang tinggal menumpang hidup di negara Pasir Berdengung ini. Jika yang melihat pun sudah terasa lemas, sesak nafas, rimas dan apa sahaja yang seerti dengannya, kami yang terpaksa menempuhnya apatah lagi. Sejak dari semalam, tanda-tanda ribut pasir akan melanda lagi sudah jelas kelihatan. Hanya harapan kami, pagi ini cuaca akan berubah menjadi lebih baik. Namun, hampa.. sejak pagi-pagi lagi ribut pasir telah mengganas. Namun demikian, memandangkan hari ini kelas terkahir untuk anak-anak (karate), kami dayakan juga. Perjalanan yang hanya mengambil masa kira-kira 15-20 minit untuk ke kelas karate, kami rasakan cukup lama dan melemaskan. Nak buat macam mana.. DEBU PASIR.. sampaikan ke dalam kereta pun terasa rimas dan begitu menyesakkan nafas.

Namun it semua tidak menghalang niat dan hajat kami sekeluarga untuk turut serta dalam upacara majlis sambutan Hari Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong, yang diadakan setiap tahun pada hari Sabtu yang pertama dalam bulan Jun. Diadakan di Kedutaan Malaysia di Kuwait, harapan kami keadaan  ribut pasir  kali ini tidak akan bertambah menjadi lebih teruk. Kasihan ke anak-anak sebenarnya. Walaupun diadakan di dalam bangunan rasmi, tetapi jika keadaan semakin buruk, mungkin kami terpaksa membatalkan niat untuk turut serta. Jika demikian kisahnya, "melepaslah" peluang anak-anak untuk berjumpa dengan rakan-rakan senegara yang lain.

Akhirnya, majlis sambutan telah dimulakan jam 4.30 petang dan berakhir kira-kira 30 minit selepas itu. Setelah itu, diteruskan pula dengan "acara wajib", apa lagi jika bukan "makan-makan". Alhamdulillah, sambutan dari kaum Ibu yang pandai serba-serbi cukup meriah petang tadi. Jom kita lihat apa yang ada..

Kuih-muih tradisional
Too bad.. tong tak muat nak isi and rasa semua..


Pantang jumpa..
Amsyar melayan kuey tiaw goreng
Siap bertambah 2 kali


Roti jala dan kuah kari
Alhamdulillah, nak jugak Haazem makan
Al-maklum sahajalah Si Manja Ibu ni, bukan senang nak bagi dia makan..


Cucur udang dan kuah rojak
Amsyar kata "sedappppppp..."

Rakyat Malaysia yang sedang bz bz bee menjamu selera

TYT Dato Adnan Haji Othman, Duta Besar Malaysia di Kuwait


Last but not least..
Pulut kuning and sambal tumis ikan bilis (with petai), made by me..

Terima kasih sayang sebab tolong layan Arif..
Arif was glued to him until end of the majlis.
Unfortunately, I was too "full" from lunch that I didn't got the chance to taste all the super yummy delicious Malaysian cuisine.. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...