IMAM AL-Ghazali menyatakan bahawa
orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan
solat itu selain untuk mengingati Allah swt, ia juga berfungsi sebagai alat
pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat
bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji
dan mungkar.
Rasa terpanggil untuk berkongsi tips
bagi mengatasi masalah “kenapa tidak hendak kusyuk dalam solat?” Jawapan paling
senang, fahami setiap bacaan dalam solat, sememangnya kunci utama. Tapi Bahasa
Arab bukanlah my “mother’s tongue”. Walaupun tinggal di negara Pasir
Berdengung, tapi masih bukan bermakna Ibu fasih berbahasa arab.
Mengapa tidak khusyuk?
Khayal memikirkan hal-hal duniawi.
Ketika selesai sahaja mengangkat
takbir rakaat pertama mulalah otak memikirkan bermacam-macam perkara, nak
masak apa, apa nak buat lepas ni, anak-anak dah buat revision ke, Cik Asben dah
lunch ke?, apa nak buat bahan untuk blog lepas ni.. Akhirnya sendiri confius..
“dah rakaat ke berapa ni?”
Apa kata jika kita cuba tips di
bawah ini. Inipun Ibu dapat dari pembacaan beberapa artikel.
1- Sentiasa menghadirkan hati
meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
2- Menghadirkan hati mengakui
tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan
Allah.
3- Menghadirkan hati mengakui segala
kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
4- Tidak tergesa-gesa dalam
menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa
perkara penting untuk khusyuk.
5- Hendaklah menunaikan solat pada
awal waktu dan sebaik-baiknya secara berjemaah.
6- Pakaian yang digunakan dalam
solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah
bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
Begitu juga ditegah bersembahyang
dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain
kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
7- Dalam suasana yang aman tanpa
suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
8- Imam hendaklah seorang yang elok
bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula
tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9- Bersihkan fikiran daripada
masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10- Membuang air kecil dan air besar
terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat
dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh
kekhusyukan.
11- Tidak berada dalam keadaan lapar
atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan.
Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa
dalam setiap pergerakannya.
12- Kesihatan tubuh badan hendaklah
dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
13- Memahami makna bacaan dalam
solat. Jika sukar, cuba untuk membayangkan ayat yang di baca… seperti baris
atas, baris di bawah, tanwin, di mana sabdunya dan yang lainnya.
14- Mengambil wuduk dengan sempurna.
15- Mengurangkan pergerakan
anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat
sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
16- Azan dan iqamat terlebih dahulu
walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat
sahaja.
17- Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
18- Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
19- Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
20- Membaca dengan baik (Khusnul
Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat
Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya
(Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang
halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
21- Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
22- Rasa malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah swt, rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
23- Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
Marilah kita semua berusaha
mendapatkan kekusyukan di dalam solat dan mudah-mudahan segala amalan kta
diterima olehNya.
No comments:
Post a Comment